Saturday, November 01, 2014

Dapur Nusantara @ KLIA2

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Dah makan? Aku belum lagi..masih memikir nak makan apa. 

Oh ye, memandangkan hari ni hari minggu, aku nak suggest satu tempat makan menarik untuk korang cuba. Khas buat mereka yang suka kepada masakan nusantara. Kalau dah nama nusantara tu, mestilah ada hidangan masyarakat Melayu dan juga Indonesia. 

Nama tempat makan ini ialah Dapur Nusantara. Bertempat di KLIA 2. Menariknya tentang Dapur Nusantara ni ialah keselesaan tempat makan dimana ruang yang luas. Selain ada buffet, juga ada masakan panas yang boleh kita order. Ada macam-macam menu tau. Dari nasi ke mee. Ada juga hidangan pembuka selera.

Range harga bagi menu set dalam RM18.90. Saiz hidangan pun memang banyak. Kalau makan tu confirm kenyanglah. Presentation hidangan pun menarik. Cukup untuk buat korang teruja nak makan. Jom layan menu yang aku serta family order haritu.

Nasi kerabu. Ini kakak aku yang order. Giler banyak dan sambal dia pedas. Ada daging rendang sekali.
Daging salai masak lemak cili api. Daging tu korang boleh tahu yang memang disalai. Terasa kesedapannya. Siap ada telur masin sekali.
Nasi Ayam Penyet. Satu je yang pelik untuk sebab tempe dia macam sambal tempe manis ada kacang tu. Selalu makan tempe tu goreng buta macam tu je. Ni siap ada salad lagi. Kalau korang tak tahan pedas, ni memang recommended sebab sambal dia tak pedas pun. Tapi aku suka yang pedas..hahaha
Ni pulak Asam pedas tenggiri. Aku suka makan pedas tapi ikan pari. Cuma haritu takde. Rasa ikan tu kuat tau.

Semua hidangan nasi tu yang aku perasan memang ada telur masin. Elok juga sebab pembuka selera kekdahnya. Tapi jangan hari2 makan, kang darah tinggi kang. Hahaha...Nak try? Dapur Nusantara ni sebaris dengan Kluang Station dan juga KFC. Selamat mencuba.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. Wah hebat ni ainim..Pagi tadi kita breakfast dengan nasi dagang..sedap..

    ReplyDelete
  2. kalau ke KLIA boleh la singgah mkan kat sini..nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. Presentation dia pun nmpknya nice. Bertambah selera lah nak makan. ^_^

    ReplyDelete
  4. tradisional nye cara hidang nasi kerabu tu.macam tak sabar nk makan.bilalah nkjejak kaki ke KLIA2 ni.

    ReplyDelete
  5. Yummyyyy.. Eih apesal tak pernah nampak yang ni.. I want oso bila nak pergi airport la kan nak makan hat ni..
    Kena make effort and trip ni.. thank you for sharing

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads