Thursday, November 06, 2014

Boat Noodle @ Publika

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Heee..aku excited ni nak share kisah jenjalan cari makan. Akukan, bab makan memang nombor satu. Kalau ada tempat best nak terjah, mesti aku dan kembar akan cari satu date untuk pergi cuba. Kemainkan...


Aku yakin ramai dah yang dengar pasal Boat Noodle. Sekarang ni macam jadi fenomena semua orang nak cuba Boat Noodle. Al-kisahnya, aku dah lama nampak kat dalam Instagram pengacara TV9 tu, Ameera Zaini. Dalam fews weeks ago, aku tengok lagi sekali, aku dah tak keruan. Terus message dengan geng VSnowAngels, plan date nak pergi mencuba.

Hihihi...Bila tiba hari yang dijanjikan, maka sampailah kami ke Boat Noodle, Publika. Oh ya, kat Publika ni ada 2 kedai boat noodle tau. Satu yang halal dan satu lagi tak halal. Tak halal tu namanya Thai Boat Noodle, manakala yang halal tu Boat Noodle sahaja. Lokasi di Blok C5, bersebelahan dengan Ichiban dan berdekatan dengan pondok polis.

Okay...bercerita pasal makanan, sorry aku lupa amik gambar menu. Menawarkan rice noodle dengan 2 jenis kuah. Satu soy sauce (masin pedas sikit) tapi sangat best. Satu lagi kuahnya agak manis. Nama pun pelik, tak reti nak sebut. Ada daging dan ayam. Saiz mee dalam satu hidangan sikit je. Dua kali telan, selamat masuk perut. Harga semangkuk mee ialah RM1.90. Aku difahamkan selalunya minimum orang order 3 mangkuk. 
Refer kat image ni untuk ketahui perbezaan sauz yang digunakan ya.

Hari tu, aku, kembar dan kawan kami Dila order 12 mangkuk untuk permulaan. Semua jenis perisa kami amik. Air pulak, Thai Iced tea, thai iced coffee dan green tea. Pastu kami add on pulak grill beef meatball dan chicken ball. 

Apa lagi, mulalah sesi menghabiskan 12 mangkuk yang ada atas meja tu. Bermulalah sesi susun mangkuk bertingkat-tingkat. Hihihi...maklumlah, 2 kali suap dah habis, cepat je selesai makan. Tapi kami makan secara santai je sebab nak menikmati keenakan mee tersebut yang menjadi buah mulut orang. Gitu kau

Selesai je 12 mangkuk, kami tambah lagi 9 mangkuk. Haa..nampak tak betapa kuatnya kami makan. Memang masing-masing simpan perut tau semata-mata nak makan boat noodle ni. Gigih sangatlah. Lepas dah selesai makan, apa lagi...sesi bergambar la..hahahah

Overall, makan kat sini memang puas. Service cekap dan cepat. Masakan pun enak, tak berat. Air pun dalam saiz besar. Sedap dan tak berapa manis. Cuma satu je la..tang mangkuk tu. Memang betul-betul rasa makan dalam boat. Maklumlah, banyak juga mangkuk yang dah sumpik masih digunakan. Rasanya dia nak bagi nampak asli kot.

Aku recommend korang cuba makan kat sini. Bawa keluarga atau datang dengan kawan-kawan. Korang challenge siapa boleh makan paling banyak. Haa..mesti meriah. Tapi kalau kena beratur tu redha je la ya. Hari tu pun ramai yang beratur nak masuk makan. Kami ni kira beruntung je la tau.

Berminat nak pergi? Ni alamatnya ya Publika Block C5, Level G3, Lot 30a.





Okay...till we meet again

17 comments:

  1. mak aihhh unik nama restoran dia hehe. Cam sedap je nampak tu :)

    ReplyDelete
  2. terkejut gak baca 12 mgkuk... rupanya portion kecik, cmtu 30 mangkuk pon leh habes.,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...jgn terkejut lya. tunggu sally balik korea kita plan date ya

      Delete
  3. baru last week dok borak dgn kawan psl BN..siap terjah ig boat noodle lagi..mcm best je walaupun nampak simple..unik nya portion yg kecil tu sng kita nk order ikut kemampuan perut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul norma. portion kecik jadi buat org nak makan lagi dan lagi. tapi berbaloi dengan hargalah. nanti cuba la ya

      Delete
  4. Wah sedapnya..kena try ni..thanks Ainim...

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. macam menarik dan sedap je dari sini

    ReplyDelete
  6. Tempat pelik cmni.. Jgn hrp la dpt ajak suami pergi hehe...

    ReplyDelete
  7. Mangkuk kecik2 pastinya cpt hbs kan..memg unik

    ReplyDelete
  8. Tudia kak.. Bkn kmain bnyk mngkuk tersusun.. Hehe

    ReplyDelete
  9. hye... boleh tak u share nama syarikat yang tertulis pada sijil halal tu? x jelas la.. =)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads