Monday, November 24, 2014

Aeri's Kitchen

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Korang dah lunch ke? Aku sekarang sedang menikmati pajeon (파전). Pajeon ni merupakan pancake versi korea yang dipenuhi dengan sayuran dan ada macam-macam versi pajeon. Ada haemul pajeon (seafood) dan juga kimchi jeon (kimchi). Kembar aku suka yang kimchi tapi aku prefer yang biasa atau pun haemul. 

Sebenarnya ikut kreativiti kita juga kalau nak buat pajeon ni. Sayuran pun ikut apa yang kita suka. Macam hari ni, aku letak enoki mushroom, oyster mushroom, carrot, japanese cucumber dan juga chinese cabbage. Pastu aku letak cili api dan juga udang. Haa..cili tu sebab nak bagi pedas supaya tak perlu nak ada sauce dah.

Aku suka masakan korea yang selalunya less oil dan stew. Kiranya ada sup tu memang favourite akulah. Satu lagi sebab ada unsur pedas. Dah nama pun tekak melayu kan, kalau tak pedas tak sah. Selalunya kalau aku nak belajar masak masakan korea ni, aku suka rujuk kat Aeri's Kitchen. Aeri ni sebenarnya blogger masakan. Beliau pun ada youtube channel.

Jadi, kalau tetibe feeling nak masak korean food tapi tak reti, aku confirm cari blog atau youtube Aeri ni. Beliau ni tinggal di US tak silap aku. Menarik mengenai blog dan Youtube Aeri ni, bahan-bahan dan step memasak cukup teliti dan korang cukup senang nak faham. Bagi aku yang kiranya first time nak masak sesuatu masakan korea pun senang nak masak.

Takde la rumit pun cuma kena cari bahan masakan tu je la yang pening. Tapi yang bagus sekarang ni dah senang nak dapat bahan masakan korea yang halal. Pastikan ada cop JAKIM atau recognised atau certified by JAKIM. Baru yakin nak makan. 

So..ada sesiapa berminat nak cuba masakan korea? Klik je SINI ya

6 comments:

  1. sekali sekala tekak teringin nak makan makanan korea home made boleh la usha blog Aeri's Kitchen ni ye dak..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa... Tpi mcm nk cuba juga

    ReplyDelete
  3. Blm terlintas lg nk msak mknn korea. Nk msak mknn mlyu pun ada yng x ckap lg..

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa lagi.
    tapi teringin sangat nak pegi korea.
    rasa kimchi kat sana..hee

    ReplyDelete

My friend say: