Saturday, October 11, 2014

Sajian Yang Tidak Konsisten

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Sangat lambat bersiaran hari ni. Oh ya, ni ada sesuatu yang aku nak ceritakan. Ni bukanlah nak aibkan sesiapa tetapi lebih kepada teguran sebagai seorang pelanggan. Begini ceritanya. 
image: Google
Siang tadi, aku dan keluarga telah keluar makan ke sebuah restoran yang semakin meningkat naik namanya malah pernah juga menjadi tempat penggambaran sebuah program TV bagi sebuah rancangan terbitan Astro. Malah pernah juga featured dalam sebuah program makanan. Kebetulan, hari Jumaat (semalam), kembar aku baru je pergi makan direstoran itu dan aku sendiri pernah makan direstoran itu tetapi cawangan lain. 

Apa yang boleh aku katakan, menu yang disediakan memang menarik hati terutama yang inginkan ciri-ciri makanan Malaysia. Tetapi, apa yang mengecewakan aku ialah presentation hidangan atau sajian menu yang tidak konsisten. Hari ni aku order mihun kari. Sebelum ini aku pernah makan mihun kari yang sama di cawangan lain. Malah kembar juga beritahu bahawa presentation pun menarik. 

Nak jadi cerita, mihun kari yang aku terima hari ini sungguh mengecewakan. Di dalam mangkuk mihun kari aku hanya ada mihun, telur rebus yang dikupas kulitnya dengan hodoh sekali, udang saiz kecil 2 ekor dan beberapa helai hirisan kobis juga kuah yang betul2 sikit. Cuba bayangkan perasaan aku tatkala terima order aku sebegitu rupa. Kebiasaan kalau aku order mee/mihun kari dimana-mana restoran malah order sebelum ini di restoran yang sama tetapi cawangan berbeza adalah lengkap dengan kacang panjang, tauhu, ayam malah turut ada sambal. 

Ya Allah, memang agak mendidih juga darah ni bila terima order sedemikian rupa. Sudahlah 'miskin' dari segi presentation, telur rebus pun masin. Jumlah mihun pula langsung tak sepadan dengan kuah yang diberi. Adoi...apa nak jadilah. Sudahlah makanan out, sehinggakan limau ais yang aku order pun sangat out. Aku hanya rasa seperti minum air gula semata. 

Mungkin sebab cuaca agak panas, tak semena-mena aku mula membebel sehingga adik beradik aku tegur aku. Yes, aku ni kalau dah semua tak kena, memang mulalah aku boleh membebel. Kalau ikut hati yang marah, aku nak je panggil pengurus restoran tu supaya dia tahu pekerja dia buat kerja macam mana. Hangin satu badan ni

Sudahlah hidangan aku out, nasi goreng kampung mak aku pun out terus. Langsung tak habis makan. Nasib aku masih mampu kawal sabar. Aku cakap terus terang, aku rasa rugi sangat hari ni makan kat situ. Aku tak nak sebut nama restoran tu sebab nanti ibarat mengaibkan pulak. Cuma aku harap, pengusaha restoran dapat mengambil perhatian terhadap sajian yang dihidangkan. Tolong pastikan konsistensi hidangan direstoran kalian. INI SANGAT PENTING supaya pelanggan tak berasa kecewa.

Jangan sampai business lingkup disebabkan kualiti yang tidak terjaga. Pastikan harga yang dibayar pelanggan adalah berbaloi dengan sajian yang diterima.

Okay...till we meet again

11 comments:

  1. haha.btul 2.da byar mahal2 mkan xpuas hati g..eee.gram!aq xsuka lau kt kedai 2 pandai letak lauk kt piring pas 2 pandai ejes g.ckp telebih..bea lebih aq byar..k!letak jak lauk lau owng mntak.bkan xbyar pown.....lau sal makn aq ne xkesah byar bpa jnji puas hati mkan.kja bwat.kja bwat mkn.lau x kja bwat cekek!btul x.heee

    ReplyDelete
  2. Rugi...itulah kadang-kadang kalau makan dekat branch yg berbeza...Apa yg disajikan x sana dengan apa yg mata kita nmpk...selalunya ni la masalah branches... Hmmm...sabar ye Anim...anggap kurang bernasib baik jela hari ni... Namo marah-marah... (^~^)

    ReplyDelete
  3. klau tgh btl2 lapar dpt mcm tu mmg hangin satu bdan la....

    ReplyDelete
  4. sakit hati jugk tu..mau2 mmg xg dah restoran tu..

    ReplyDelete
  5. Kalau sya yg kena tu, sya suruh dia buat baru. Dulu sya jenis tak kisah, tapi dah selalu sangat kena, sya geram juga. Sya bayar bukan sya mkn free..

    ReplyDelete
  6. Dugaaannnn..he..he..memang "panas" pun kan kalau kena macam tu..

    ReplyDelete
  7. memang mendidihlah darah ni kalau dapat macam tu..

    ReplyDelete
  8. panas betol hati anim ye, sama la kiter pon kalao tak puas hati mmg terus pangkah ja kedai tu,, huhuhu

    ReplyDelete
  9. kalau kedai makan/restoran nk maju, memang wajiblah konsisten dgn rasa n presentation makanan tue kan? itulah yg boleh buat pelanggan datang berkali2.. staf pun kena dilatih habis2an. naya kalau staf tak kompeten, memburukkan nama kedai je .

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini Ainim...sakit hati sangat bila makanan yang kita oder tak seperti yang kita mahu...banyakkan bersabar ye Ainim...

    ReplyDelete
  11. setuju lah..apa yang kita tengok xseperti yang kita nak..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads