Friday, October 31, 2014

Puasa Assyura | 10 Muharram

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi. Tadi semasa dalam perjalanan ke ofis, macam biasa akan dengar radio Ikim.fm. Hari ni Ustaz Syauqi Othman ada berkongsi tentang puasa hari Assyura.
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Sumber: SINI dan SINI

Sungguh besar makna dan sejarah 10 Muharram ni kan? Jujur cakap, aku sendiri baru mengetahui tentang sejarah dan peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram ni. Maklumlah, pengetahuan cetek. Tapi belum terlambat andai kita ada usaha untuk mencari ilmu. 

Oh ya, menurut Ustaz Shauqi, kita digalakkan berpuasa pada 9 Muharram juga kerana ini membezakan kita dengan orang yahudi turut berpuasa pada hari Assyura. Kalau yang berkesempatan untuk berpuasa tu, selamat berpuasa aku ucapkan. Semoga ibadah puasa kalian diterima disisi Allah.

Wallahuam...
p/s: Aku masih teruskan misi mengganti puasa Ramadan. :)

11 comments:

  1. kalau tak salah, 9 Muharram tu Ahad ni kan & 10 Muharram pulak hari Isnin...

    ReplyDelete
  2. Kne mskkn dlm kalendar ni...same2 beramal ye ;)

    ReplyDelete
  3. Isnin ni boleh la nak puasa. Kalau tak ke hal , in sha Allah . TQ for the info.

    ReplyDelete
  4. InshaaAllah semoga diberikan kesihatan yg baik utk melaksanakannya Ahad & Isnin nanti..

    ReplyDelete
  5. Lya da trbaca juga kat fb tdi

    ReplyDelete
  6. banyak ilmu yang saya kutip..cuba recall..

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa Ainimm..semoga ibadah kita diterima Allah..

    ReplyDelete
  8. Sama dgn nur masih gigih ganti puasa nie ;) thanks for sharing ainim..

    ReplyDelete
  9. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
    SAya pun puasa jugak.
    Salam menyambut 10 Muharram.

    ReplyDelete

My friend say: