Friday, October 10, 2014

Memiliki Kemampuan Bersyukur

Assalamualaikum...
image: Google

Selamat petang. Kita nak share dengan korang satu hadith.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan. Sumber SINI
Huraian Hadith:

Firman Allah SWT yang maksudnya:"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:
i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
ii) Selalu mengucapkan alhamdulillah, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.
iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan
iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.
Sumber : SINI

Kalau korang perasan, aku selalu cakap pasal Syukur. Kenapa ek? Sebab aku tahu itu adalah perkara paling susah untuk kita buat. Jujur cakap, aku sendiri kadang terlupa. Bila kita ada sesuatu, kita lafazkan syukur dengan kata-kata tapi adakah di dalam hati turut bersyukur? Seiring tak? Aku selalu tanya diri aku dengan soalan tu setiap kali aku lafazkan Syukur Alhamdulillah.

Maaf ya, entri ni takde nak kaitkan dengan sesiapa, jauh sekali untuk perli sesiapa. Jom kita ambil iktibar daripada hadis ni. Kita didik diri untuk seiring dengan kata dan perbuatan kita. Gitu nasihat kita. Nasihat  untuk diri sendiri sebenarnya ni...sama juga untuk korang ya.

Wallahualam...

21 comments:

  1. salam jumaat anim and great piece of sharing dear... jappp...rinduuuu....

    ReplyDelete
  2. mmg kadang-kadang tu leka...sbb kita fikir kita berjaya atas usaha sendiri..tapi lupa Allah pemberi rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sally..marilah kita saling mengingati

      Delete
  3. beryukur dengan rezeki yg kita perolehi..dan tidak perlu membandingkan apa yg kita ada dengan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mar. yang penting, walau sikit tapi berkat

      Delete
  4. syukur.... masih ada rakan saling mengingatkan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allene...insha Allah, selagi boleh

      Delete
  5. Trima ksh ainim saling ingt mngingati

    ReplyDelete
  6. nak ucap syukur mungkin masih mudah, tapi nk buktikan kesyukuran kita tue jauh lbh mencabar, kan? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Fauzah...nak buktikan dengan perbuatan itu selalu kita gagal

      Delete
  7. Syukur bukan sekadar lafaz di bibir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye maria..itulah yang perlu kita ingat

      Delete
  8. tu la..sy pun sellau sgt alpa... lupa tuk bersyukur...astaghfirullah halazim

    ReplyDelete
  9. Sama la dengan saya..kadang terlupa tapi bila kita biasakan diri kita ucap syukur..InsyaAllah kita akan sentiasa menerima takdir Ilahir..terima apa yang sedaanya la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah kak Diana, mari kita sama-sama berusaha ya

      Delete
  10. Ucapan alahamdulillah tak ada erti apa2 kalau sekadar ucapan kat mulut. Ucap syukur mudah, malaksanakan sebenar-benar syukur tu sgtlah pyh..

    ReplyDelete
  11. Thank you for the reminder. betul kadang kadang kita banyak betul la kan komplen. So satu tips yang saya amalkan dari mentor saya ialah journal kesyukuran menarik tau.
    tuliskan setiap hari 100 benda yang kita syukurkan.. 100?? heheh i start with 10, upkan 20 pastu konsisten lah.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads