Thursday, October 02, 2014

Harga Minyak Naik Lagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Aku tak dapat nak buka blog malam semalam. Cuma dapat on guna handphone tapi ada hal pulak dengan handphone. SO, hari ni aku akan gigih blog walking ya kengkawan.

Tajuk tu cukup jelas nak bagitau apa aku nak cakap. Yes...ramai blogger dah update pasal hal tu tapi aku baru pagi ni dapat update. 
Jujur cakaplah ya, aku sebenarnya amat sokong dengan langkah rasionalisasi subsidi. Kalau korang faham pasal ekonomi, korang akan setuju dengan langkah rasionalisasi subsidi. TAPI, yang buat aku jadi sedikit terkilan ialah, bila cara dan tika waktu macam tak berapa nak tepat. Malah, langkah untuk bantu ringankan beban kos sara hidup pun tak nampak membantu. 

Aku screencap balik status aku malam tadi. Itulah yang ada dalam kepala aku sampai sekarang. Ye, betul..kalau kita merungut sekali pun, harga tetap naik tapi aku amat berharap pihak kerajaan adakan satu mekanisme yang paling berkesan untuk bantu rakyat ringankan kos sara hidup yang meningkat saban hari. Bila harga minyak naik, fahamilah bahawa semua barang pun sibuk juga nak naik harga. Jadi, dimanakah adilnya dan apa masalah yang boleh diselesaikan?

Aku amat sangat berharap bahawa pembentangan BAJET 2015 akan datang benar-benar mengambil kira soal pandangan dan idea yang dikemukan oleh rakyat. Jangan hanya minta pandangan tapi setiap cadangan itu dipandang sepi. 

Dah..tak mahu emo pepagi buta ni. Aku ada orientation programme pagi ni. 

OKay...till we meet again

7 comments:

  1. Betul tu...semuanya akan terkesan dgn kenaikan minyak ni...

    ReplyDelete
  2. betol sangat2...daripada awal2 dulu lagi kata just naik 20sen...try hitung balik brp sen dah naik!!! stresss...
    bukan makin membantu tapi makin membebankan...stresss...huhuhuhu...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. minyak naik..rakyat pun naik angin..huhu... betul kate Dr M, hapuskan Brim dan jangan kurangkan subsidi..ade betulnye :)

    ReplyDelete
  4. kenaikan harga minayak yang menyebabkan ramai orang naik minyak jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wlpn sy x rajin drive, ttap terasa jgk.. Sbb sy x bekerja..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads