Friday, October 03, 2014

Berpuasa Pada Hari Arafah

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Lusa kita akan menyambut Hari Raya Aiduladha. Ada ke yang berpuasa sunat bulan Zulhijjah hari ni? Aku tak dapat berpuasa dek kerana keadaan perut belum betul-betul okay lagi. 

Sumber : JAKIM
Oh ye..Memandangkan esok adalah Hari Raya Aidiladha bagi Arab Saudi, maka hari ini jemaah haji akan bergerak ke Arafah bagi mengerjakan wukuf. Beruntunglah para tetamu Allah SWT kan. Semoga mereka diberi haji yang mabrur. Bagi kita yang tak dapat mengerjakan haji ni, kita dianjurkan untuk berpuasa pada Hari Arafah atau Assyura.

Memandangkan di Malaysia kita akan sambut pada hari Ahad, maka esok adalah hari untuk berpuasa Arafah. Insha Allah, kalau diberi kesempatan aku nak buat juga. Jika keadaan mengizinkan. 
Puasa hari Arafah bagi umat Islam di Malaysia adalah pada hari Sabtu, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.

Kata beliau, perselisihan tarikh hari Arafah berlaku kerana perbezaan tempat naiknya bulan (Matla’ al-Qamar), natijahnya penentuan puasa hari Arafah berselisih sehari antara Malaysia dengan Arab Saudi.

"Begitu juga berdasarkan satu kaedah yang masyhur ‘Keputusan Hakim (iaitu pemerintah) akan mengangkat khilaf’. Ini menunjukkan keputusan pemerintah hendaklah dipatuhi kerana boleh mententeramkan masyarakat dan mengharmonikan rakyat serta dapat menunjukkan perasaan kesatuan sesama umat ketika pelaksanaan ibadat," katanya. Sumber : SINI
So..kepada yang bakal berpuasa, selamat berpuasa aku ucapkan ya. Semoga kita semua akan dipanggil Allah untuk menjadi tetamu-NYA nanti.

Wallahualam...

4 comments:

  1. insya Allah, jika diberi kesempatan dan kekuatan, saya akan berpuasa esok...thanks for sharing ainim

    ReplyDelete
  2. InshaAllah...
    Tq for the sharing sis

    ReplyDelete
  3. sally pun alhamdulillah dapat puasa :)

    ReplyDelete
  4. Sy xdpt nk berpuasa.. Masih dlm pntng..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads