Tuesday, October 21, 2014

Apa Khabar Syah Inteam?

Assalamualaikum...

Masih ingat post INI? 
Pagi tadi ada buka Facebook Inteam. Ternampak Inteam tukar Profile picture dan cover photo. Kenangan mengusik jiwa betul tengok gambar-gambar ni. Alahai..rindu pulak kenangan Inteam ketika dorang semua masih muda belia. Comel belaka semua.

Paling aku minat sebenarnya Syahril. Memang suka ya amat. Masih ingat lagi pernah hantar surat kat Inteam dan terima balasan surat siap ada autograf lagi. Bangga giler time tu. Masa tu Inteam dah keluar album Impian Kasih pun. Haa...masa tu aku form 2.

Sekarang ni dah lebih 10 tahun berlalu. Alhamdulillah, tetap minat Inteam. Aku ni jenis, kalau dah suka, forever suka. Gitu. As long as kumpulan tu bertahan, aku tetap akan support. Maklumlah, tahun 1990-an sehingga awal 2000 merupakan zaman kegemilangan nasyid tau. Jadi memang meriah sangat time tu.

Oh ye, sebenarnya aku tetibe je terfikir tentang akhi Syah kita ni. Apa agaknya khabar beliau ya. Sebelum ini aku share post Doakan Syah tu sebab beliau dikhabarkan dijangkiti kuman pada paru-paru. Dah lama rasanya aku dengar berita sakit beliau ni tapi so far belum dapat tahu keadaan terkini beliau. 

Tu yang tengok gambar-gambar Inteam yang lama ni, teringat sangat. Takde apa yang dapat diucapkan melainkan mendoakan keselamatan dan kesihatan semua anggota Inteam ni. Semoga mereka semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dapat teruskan perjuangan nasyid mereka.

Wallahualam...

14 comments:

  1. masa zaman inteam ni, macam2 kumpulan naik antaranya UNIC, nowseeheart dan macam2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama..unic pun saya minat juga

      Delete
  2. wah.,..smpai skarang jadi pebret ye anim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak aida..langsung tak boleh tinggal

      Delete
  3. tu la...tgk jugak wall..tapi xde plak cite pasal syah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sally..tp xde khabar berita yang terbaru pun

      Delete
  4. Salam singgah sini Ainim...suka dengar lagu2 dia...

    ReplyDelete
  5. Best2 lagu diorg..lya pun suka group nasyid ni

    ReplyDelete
  6. Mmg suka dgn lagi2 diorg... Moga sntiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, sama-sama kita doakan ya

      Delete
  7. dulu masa muda2 layan juga lagu2 inteam. sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
  8. hihi zaman iols sekolah menengah pun minat diorang ni. fenemona juga.. semoga Allah memberi kesihatan kepadanya dan sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete

My friend say: