Tuesday, September 02, 2014

Tomyam Kung Ayer@8

Assalamualaikum...

Aku puasa sebenarnya hari ni tapi nak share pasal makanan juga, aci je kan? Hihihi

Ni malam selepas kau habis exam. Kitorang pergi beli barang kat Mydin USJ tapi sebelum sampai rumah tu, kami singgah kat Ayer@8, Presint 8, Putrajaya. Haa..dekat je dengan rumah aku. Kalau malas nak drive, jalan kaki pun sampai tapi kami tetap naik kereta.

Kembar bagitau yang Tomyam Kung kat sini if compare dengan Presint Diplomatik. So, kitorang pun teringin la nak try. Haa..kat bawah ni la menu yang kami order. Ada satu lagi iaitu Lala masak pedas tapi lupa amik gambar. 
Ni namanya nasi goreng cili hijau. Aku bajet nasi goreng ni mesti la ada perkataan cili tu. Tapi sebenarnya takde la pedas pun. Budak-budak kalau makan pun mesti kata tak pedas. Aku rasa dia guna cili yang tak pedas kot. Tapi sedap tau. Ada telur mata dan ayam goreng ala tempura tu.
 Ni pula namanya nasi goreng tomyam kung. Haa..memang rasa tomyam la. Sedap dan ada udang tempura. Ada pedas sikit..ada masam..cukup rasa tomyam tu.
Ni apa tah namanya. Nasi dengan ayam apa aku tak sure. Tapi ayam tu ayam cincang la. Sedap dan pedas tau sebab ada cili potong. Mak aku makan sampai berair mata tapi aku makan rilek je la. Ke...sebab aku ni dah lali dengan kepedasan makanan korea. Eh?
Ni la tomyam kung. Sedap gile..gile pun tak sedap macam ni. Seafood pun besar belaka. Aku hirup kuah dia sikit pastu letak kat nasi goreng aku nak bagi pedas. 

Overall, harga pun okay. Takde la mahal mana. Tapi tempat selesa. Selain yang kami makan ni, macam-macam jenis masakan ada lagi tau. Ada juga manisan seperti bubur. Korang pilih je. Haa..nak try? Pergi je Ayer@8, Presint 8, Putrajaya. Selamat mencuba.

Okay...till we meet again

12 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah ptg Ainim..semua menu dia sedap2 ler..tengok jer perut minta nak di isi apatah lagi tenghari tdi tak makan pun...huhu

    ReplyDelete
  2. nampak sedap nasi goreng tu.. memang menggoda Ainim ni tau...

    ReplyDelete
  3. wahhh tomyam tu nampak pekat kuahnya..nyum3

    ReplyDelete
  4. terliur la...kalau tomyam2 ni meang best la..

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya Anim..tomyam memang favorite kita...

    ReplyDelete
  6. nampak menarik...thanks for sharing Ainim...bole jalan-jalan cari makan...^_^

    ReplyDelete
  7. Alahai ainim sdpnya..klau la dpt mkn tu tom yam aishh

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk tomyam dya..

    kak, pernah dgr tak org ckp org yg suka mkn pedas ni terlampau ni akan tiba satu masa dya tak mmpu nak mkn pedas lg.. sebab mkn sikit pon dah rasa pedas, bkn mcm dulu.. pkara ni prnah tjadi kat husna.. dulu kalau kat kolej, bila tiba wktu mkn husna mesti akan ambek cili padi yg timbul atas tray lauk pauk.. bnyak jgak laa.. pstu sejak bila ntah dah tak bleh nak mkn pedas.. tak taw knapa, lidah ni dh start rasa pedas.. tp skarang dah ok.. dah bleh mkn pedas semula.. hehehe.. #justsharing :)

    ReplyDelete
  9. Menarik nasi gorengnya tu kak..

    ReplyDelete
  10. Mmg pnh rasa juga tom yam tuh.. Menyengat...

    ReplyDelete

My friend say: