Friday, September 26, 2014

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...
Rules:
1) Thank the person who nominated you.
2)Provide a link to the person's blog.
3)write 7 Facts about yourself.
4)Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.

Dah lama sebenarnya kena tag dengan Kak Idah kita ni tapi baru sekarang buat. Eh..ada sorang lagi tag aku tapi tak ingat siapa. Kalau yang tag aku tu, ni jawapannya ya.

7 Facts about me:
1) Nearly to 3 series. Bukan remaja lagilah kiranya.
2) Suka sangat dengan blog. Dapat luahkan segala yang ada dalam kepala. Tapi setiap yang aku cerita tetap ada limit. Hal yang terlalu sulit memang tak cerita. Aku tak berapa suka bercerita tentang orang (mengutuk). So...apa yang aku tulis dalam blog aku ni korang pun nampakkan. More to cerita biasa-biasa je. Sorry..aku tak berapa suka luahkan segala perasaan dalam blog because it is dangerous. 
3) Minat Westlife since 1999, Inteam since 1999, F4 since 2000, Super Junior 2009. Semua kumpulan lelaki kan, sebab aku tak berapa suka tengok perempuan menyanyi menari. Hahaha. Kalau lelaki tu ada la senonoh sikit. 
4) I am not a friendly person. Aku memang lahiriahnya tak mesra sangat dengan orang tambahan dengan orang yang aku tak kenal dan LELAKI. Yes...dalam alam maya je nampak ramah tapi kat real life memang kena minta maaf awal-awal, aku tak peramah..unless orang tu terlebih dahulu tegur, then baru aku reti nak berbual.
5) Pencinta ramyeon. Ewah..ni korean food. Aku suka makanan bersup contoh mihun sup, mee kari, soto, ramyeon. Dan paling suka masak sup kalau aku kena masak kat rumah. Tapi takdelah aku ulang masak yang sama je.
6) Suka pada pemandangan terutama langit petang dan langit pagi. Boleh rasa terharu sampai air mata bergenang kalau terlalu hayati pemandangan indah begini. Besarkan kuasa Allah, Dia ciptakan sesuatu tu terlalu indah.
7) Orang yang menjadi prioriti dalam hidup aku, of course mak dan arwah abah. Kedua, always be my twin. Ni 3 belahan nyawa aku. Yes..kalau ada suami nanti pun takkan dapat ganti mereka bertiga ni. Harap maklumlah ya. Hihihi

Sorry...7 facts ni memang aku tak letak yang top secret. Aku tak berapa nak orang terlalu kenal siapa aku. Yang lain-lain tu aku simpan sendiri. Korang boleh kenal aku melalui penulisan aku. 

Aku tak nak ikut last rule tu. Kena tag orang. Aku tak nak tag ya. Biar stop kat sini je. Hihihi.. Nampak sangat takde idea nak tag sapa kan.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. ada sesetengah perkara perlu dirahsiakan kan?....apa2pon thanks for sharing about you...^_^

    ReplyDelete
  2. same la! timm pun suka mkn benda bersup..sup kosong pun xpa..asalkan bley hirup..yum3..

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut dari senarai minat F4 , Westlife itu semua , Mesti lahir area tahun 1984-1989

    ReplyDelete
  4. kita pun twin jugak kan..? hahahha...

    korean foods sangat! :P

    ReplyDelete
  5. wah.. terbaikk :D

    http://www.diarijejakahangat.com/

    ReplyDelete

My friend say: