Monday, September 15, 2014

Super Junior Emoticon @ Kakaotalk

Assalamualaikum...

Korang ada Kakaotalk? Ala..instant messaging application macam LINE tu. Aku ada tapi memang tak bagitau semua orang la. Takde la aktif sangat pun. Install pun sebab nak dapat updates Super Junior je.

Baru-baru ni Kakaotalk ada keluarkan Super Junior & Super Junior-M emoticon. Aku dapat tahu, terus buka...tapi kena purchase dulu rupanya. Harga $3. Haa..fikir seratus kali aku nak purchase ke tidak. Aku mana suka purchase dari Playstore tu kan. 

Fikir punya fikir, sekali tetapkan hati nak beli juga. Hihihihi..nampak tak kegigihan tak bertempat aku bila masuk bab Super Junior. Okay..itu sisi tak matang aku. Erk?! Makanya, setelah di-convert kepada matawang Malaysia, aku kena charge dalam RM8.36 tak silap aku. 

Setel purchase, dengan berlagaknya aku post kat instagram dan tag kengkawan ELF aku. Mohon dorang jeles. Hihihi..tetiba cik kembar nak. Aduh! Tak pasal-pasal aku purchase lagi sekali untuk send kat kembar sebagai gift. Ye la..dia mana online banking. Aku je yang ada. Adoi la..beginilah kalau kembarkan. Kalau sorang ada, mesti dua-dua kena ada. 

Makanya, aku rasa amat sayang dengan kakaotalk aku sekarang ni. Bukan sebab aku nak makin aktif ke, bukan sebab ramai kawan ke tapi sebab ada emoticon tu je. HAHAHAHAHA...

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. waa. .kak, gara2 emoticon sanggup purchase bagai. .ini baru fan setia. .hhehehe

    ReplyDelete
  2. Dekat Kakaotalk saya tak ada pun emoticon ni. Dia ikut negara ke?

    ReplyDelete
  3. kakaotalk..dulu pakai sbb kwn2 dari lar negara semua pakai..nak mudah berhubung. sekarang dah jarang berhubung, dah unistall sbb kat malaysia tak ramai pakai.. tp rasa nak install balik je sbb ada emoticon SuJu ni..hehe

    ReplyDelete
  4. lepas ni tiap hari usha kakaotalk kot kak anim..:p

    ReplyDelete
  5. Dulu ada tpi da uninstall hhee

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads