Monday, September 22, 2014

Sakit Perut

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Entri ni autopublish. Aku cakap siap-siap je la. Sebab time entri ni publish aku tak sure sama ada aku kat ofis atau pergi klinik atau duduk rumah berehat je. Hmm...
image : Google
Sebenarnya perut aku since hari jumaat lagi. Start sakit petang jumaat tu sehinggalah entri ini ditaip. Aku gagahkan jugalah nak menaip entri baru. Since malam jumaat tu aku dah tak berapa larat nak bergerak. Sakit perut lain macam la. Kalau senggugut tu lain..ini bukan senggugut.

Sakit yang aku sendiri tak pasti tapi rasanya macam perut korang kena pulas macam korang kain basah tu. Pastu rasa macam kena lipat pun ya. Rasa macam kena cucuk dengan benda tajam pun ya. Allah..dia punya sakit sampai tahap aku nak keluar pun tak larat. Acara #Runfie yang patut aku join pagi Ahad pun terpaksa cancel. Cik kembar ajak breakfast kat luar pun aku tak ikut.

Selera makan pun tak berapa nak ada sangat. Maybe sebab sakit jadi, aku rasa serba salah nak makan. Bila makan je sakit perut. Dalam kepala ni dah ada 3 pilihan..samada aku pergi juga kerja esok (tahan je sakit), pergi klinik pagi esok tak pun apply cuti berehat je kat rumah.

Adeh..serba salah aku dibuatnya. Bila nak berdiri lama je aku dah rasa macam berpeluh tahan sakit. Nasib tangan ni masih mampu bergerakkan. At least hidup juga blog ni. So..begitulah ceritanya..aku nak berehat ni.

Okay...till we meet again

P/S: Entri hari ni mungkin autopublish juga kot

9 comments:

  1. anim, gi klinik dear.. mama doakan cepat sihat tau.. dah pergi rest..

    ReplyDelete
  2. Take good care of yourself.. G kilinik tau..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh yer Ainim...pergi klinik dan banyakkan berehat yer...rajin2 makan ubat ek...^_^

    ReplyDelete
  4. get well soon dear.
    follow here too...

    entry terkini...Hari malaysia di Gabai

    ReplyDelete
  5. ada rasa macam nak muntah tak...? sebab takut kena macam kita....g klinik tau nanti...

    ReplyDelete
  6. salam...
    singgah sini dan follow :)

    jemput dtg blog saya

    www.ekinhoza.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Mesti kena pegi klinik nie ainim... kalau dah berhari2 tak baik2... get well soon kay...

    ReplyDelete
  8. Jaga kesihatan ainim Jgn d paksa klau x thn sakit tu

    ReplyDelete

My friend say: