Sunday, September 07, 2014

Hunger Valley @ Alam Avenue 2, Shah Alam

Assalamualaikum...


Selamat pagi ahad semua. Hujung minggu ni korang pergi mana je? Aku nak suggest satu restoran baru di Seksyen 16, Shah Alam. Alam Avenue 2 bertentangan dengan Alam Avenue, Shah Alam. Tapi hari ni tak buka ye. Esok bolehlah nak pergi.



Nama restoran ni Hunger Valley. Kalau dah nama pun hunger valley kan, mesti saja banyak menu makanan yang pasti dapat pikat selera korang. Menariknya, harga pun affordable dan masakan pun sedap. Suasana pun santai je. 


Aku dan cik kembar juga kengkawan pergi ke Hunger Valley ni Sabtu lepas. Right after shopping shawl kat ShawlByVSnow. Haa...ada discount 5% menanti customer VSnow yang singgah restoran ni. Nak tahu macam mana nak dapat diskaun tu, bolehlah terjah Instagram Hunger Valley.

Jom tengok apa yang kami makan last week
 Air ni ada yang come with set ya.
Ni namanya Buttermilk chicken set. Siap ada air sekali. Buttermilk chicken ni memang recommended sebab rasa dia memang sedap sangat. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan mereka yang tak boleh makan pedas.

Nasi kat atas dan kuah ni come in 1 set. Daging salai masak lemak cili api. Daging salai masak lemak cili api ni pun recommended sangat kalau korang datang ke Hunger Valley. Rasa daging tu yang empuk dan pedas tu yang. Ada sambal belacan lagi nak bagi extra pedas. Aku order yang ni dan memang puas.
Ni namanya Mee Ketam. Ketam tu besar tau. Rasa kuah mee ketam ni more likely to mee rebus. Sedap dan pedas pun biasa-biasa je. Puas makan tau. Saiz hidangan pun besar sesuai dengan harga
Bubur kacang durian. Dessert yang kawan kami order ni pun giler punya sedap. Makan panas-panas lagilah sedap. Durian tu memang terasa sangat tau. Tapi kalau tak makan durian jangan gatal nak order bubur kacan ya.
Kek coklat batik dengan ais kerim. Yummy..memang dah tergoda since first time datang Hunger Valley masa Private Iftar dengan VSnow yang lepas. Kali ini repeat order sebab sedap.
Last but not least, banana fritters with cheese. Boleh pilih nak add-on ice cream. Kalau aku, suka makan yang ada cheese je pun dah okay. Rangup dan makan time panas..pergh, mengancam.

Haa? Ada yang tergoda? Kalau teringin nak cuba, jangan lupa singgah ke Hunger Valley di Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam.

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. amboii.... sedapnya... tak tahan tengok

    ReplyDelete
  2. Wahh...banyaknyer makanan...nak yang mee ketam tu...boleh...hehe

    ReplyDelete
  3. Alahai ainim sdpnya lps plak pepagi ni hhee

    ReplyDelete
  4. Waa...nmpk sedap. akak bley try gak gi mkn kt kedai2 dlm website ni. hehe...
    www.therestron.com

    ReplyDelete

My friend say: