Friday, September 19, 2014

Hajat Tak Kesampaian

Assalamualaikum...


Selamat pagi. Eh..kejap je dah jumaatkan? Oh no..next week jem baliklah jalan raya. Aduiiiii...hahahha


Sebenarnya hajat aku nak berpuasa tak menjadi hari ni sebab badan dehydrate la pulak. Kang air tak cukup dalam badan payah pulak aku. Hmm...kita sambung next week, Insha Allah. Actually aku ada mission sebenarnya. Sebelum umur aku 30 tahun lagi 2 tahun, aku nak make sure aku dah ganti mana-mana puasa yang tertinggal zaman aku budak-budak remaja dulu. 

Hmm..kenapa? Sebab aku tau aku ni memang nakal sangat. Bab ponteng puasa tu takdelah tapi bila time 'terpaksa tak puasa' tu, rasanya ada yang dah ganti dan ada yang belum ganti. Itu yang aku ingat tak ingat je ni. Sejak aku sakit teruk awal tahun haritu, memang sedarkan aku yang kita kena ganti puasa awal-awal. 

Actually, bila dah dewasa ni memang aku ganti puasa awal-awal cuma untuk puasa tahun lepas memang sangat lambat sebab aku selalu sangat sakit. So, kiranya Allah bagi reminder supaya aku habiskan ganti puasa tu cepat-cepat. Alhamdulillah, untuk ganti puasa bagi Ramadan tahun ni dah selesai. Alhamdulillah

Makanya cabaran untuk ganti puasa zaman 'jahiliah' tu bermula! Aku dah siap buat kira-kira sekali berapa hari puasa kena buat. Setakat yang termampu je la aku buat. Aku ni pun manjang je tak sihatkan. So, time tengah okay ni aku pulun dulu puasa tapi hari ni tak jadi sebab badan tak cukup air langsung.

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. Lya pun berhajat mcm tu juga masa muda ni la kita masih mampu laksanakan kan

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan hajat ainim yer...insya Allah...aamiin...^_^

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Ainim,..Amhamdulillah...Bagus cita-cita tu..semoga dipermudahkan ya..

    ReplyDelete
  4. InshaaAllah segala niat yg baik Allah akan permudahkan..

    ReplyDelete

My friend say: