Monday, September 01, 2014

Doktor Terbaik Buat Aku

Assalamualaikum...

Selamat petang. Hari ni kerjanya menghadap blog dan reply komen-komen kengkawan. Lamanya tak reply komen. SOrry ye korang.



Kat ofis aku, ada klinik panel tau. Ye la, bangunan tempat aku kerja tu lengkap ada gym semua bagai. Aku dah kerja kat situ lama jugalah. Doktor kat klinik tu namanya Dr Suzaida, atau Dr. Su. Aku since masuk kerja memang kalau sakit refer kat Dr. Su je. Doktor Su ni aku sayang sangat sebab dia paling faham dengan condition badan aku.


Aku masih ingat lagi, masa aku ada lower blood pressure kategori teruk jugalah, Dr Su la yang rawat aku. Bayangkan lebih kurang setahun setengah jugalah hidup bergantung ubat untuk stabilkan tekanan darah yang asyik nak turun je. Sekarang ni Alhamdulillah, dah okay.

Hari jumaat lepas, hari terakhir Dr. Su berkhidmat disitu. Beliau ada perancangan lain untuk masa depan. Sedih sangat rasanya. Risau pun ya sebab susah nak jumpa doktor yang serasi dengan kita. Tapi, adat pertemuan pasti ada perpisahan kan.


Aku berharap agar Dr Su akan berjaya dengan perancangan masa depan beliau dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Akan merindui Dr Su, doktor terbaik yang pernah aku jumpa.

11 comments:

  1. Stiap prtemuan msti ada prpisahan..lya x suka prpisahan hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Lya..sedih tapi nak buat macam mana kan..

      Delete
  2. betul juga, nak cari dr yang faham condition kita bukan mudah, apapun all the best to her

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..harap dapat jugalah jumpa nanti

      Delete
  3. Wah.. Bestnya de doktor yg rapat cmtu..

    ReplyDelete
  4. hubungan Ainim dengan dokter tu rapat ke ?..
    Alhamdulillah, Ainim dah ok dan tak perlu bergantung dengan ubat untuk stabilkan tekanan darah :)

    ReplyDelete
  5. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...setiap perpisahan amatlah berat untuk di tangani...semoga Dr. Ainim berjaya dan semoga Ainim di kurniakan kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
  6. mesti harap dpt jumpa dgn doktor mcm ni lagi kan??
    inshaAllah ada rezeki pasti berjumpa lagi..:)

    ReplyDelete

My friend say: