Tuesday, September 02, 2014

Dating With Mary

Assalamualaikum...

Take 5 jap boleh? Busy la hai...semput jap. Hehehe..jom baca cerita aku.

Ni kisah khamis lepas. Aku berjumpa dengan ex-intern di ofis aku tapi unit lain. Unit jiran aku panggil sebab aku unit latihan, dia ni pula unit HR. Namanya Marylene Randai. Sarawakian. Baru je selesai belajar di UPNM. Dak tentera aku panggil dia ni. 

Kami jadi rapat disebabkan kawan Mary, Haziqah budak intern kat unit aku. Kisahnya mereka berdua je budak intern dari UPNM. Placement pula HR section, maka secara tak langsung kami jadi rapat. Aku memang dah plan lama nak jumpa dengan Mary ni, since sebelum puasa lagi. Haa..hamik ko, punyalah lama plan..lepas raya baru dapat jumpa. Ye la, kita merancang tapi Allah yang menentukan. Gitu sekali
So, seperti yang dijanjikan aku dan Mary bertemu di NU Sentral. Saja aku set venue kat situ untuk memudahkan Mary datang ke KL. Kalau aku set kat Publika, kang tak sampai pulak budak tu. Dia mana ada transport macam aku. Mary tak datang berseorangan tapi dengan kawan sekuliahnya, Syafiqah tak silap aku namanya.

Kitorang bertemu di Dubu-dubu, NU Sentral. Saja je aku nak bagi Mary try makanan korea. Kakak dia ni kan pelik sikit. Suka buli adik-adik dengan makanan yang rare untuk dorang. Haha..kakaknya ikut sedap tekak dia je, nasib adiknya jenis melayan je. Hahaha..

Macam-macam yang kami bualkan sepanjang pertemuan singkat kami tu. Mendengar ceritera Mary semasa berlatih untuk Istiadat Pentauliahan Pegawai Palapes kat UPSI baru-baru ni. Huih...kesian pun ada, nak gelak pun ada. Semua perasaan bercampur baur. Tapi paling aku nak gelak ialah, bila makanan yang kami pesan sampai, Mary ni pergi cari sayur. Dia kalau boleh nak makan sayur je. 
Aku ni heran tapi rupanya dia jemu makan ayam, ikan dan yang sewaktu dengannya. Katanya susah nak dapat sayur kat universiti. Paling senang sayur kobis je. Hahahah. Alahai..aku dengan gembiranya bagi dia side dish sayur yang aku dapat. Wow..berselera dia makan. 

Dah lama berbual, tiba masa untuk pulang. Alhamdulillah, segala pertemuan kami hari itu dipermudahkan Allah. Syukur...aku pun sempat beri Mary hadiah yang paling istimewa untuknya. Tunggu masa je nak tengok dia pakai. 

Insha Allah, jika tiada aral melintang, jumpa lagi kami di lain masa. Semoga Allah masih beri kesempatan buat kami nanti.


Okay...till we meet again

8 comments:

  1. amboi...habislah lepas nie dak mary suka makan makanan korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dia kata boleh masuk tekak dia kak

      Delete
  2. akk..jom pegi dubu dubu dengan dayah pula =)

    ReplyDelete
  3. Alahai... Kesiannya... Upnm xde sayur ke..

    ReplyDelete
  4. wah lepas ni cari makanan korea je :) hihi

    ReplyDelete
  5. bestnyaa kalau intern dapat akak senior yg mcm kak ainim nih.. bkn sebab treat apa semua nih tp sebab cara layanan tu, tak de lah rasa mcm tak nak kerja kat situ lepas ni..hahaha..

    ReplyDelete

My friend say: