Tuesday, September 30, 2014

CPUV Nuffnang Di Akhir September 2014

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. *Entri masih auto publish. Tuan blog kan tengah berkursus..hehehe.

Okay...ni baru perasan sebenarnya yang CPUV baru diberi oleh pihak Nuffnang. Alhamdulillah...ada juga masuk saat-saat akhir bulan September ini. Ingatkan dah tak nak masuk. Rupanya masih ada rezeki. 

Alhamdulillah..walaupun income takdelah banyak tahap blogger lain yang capai 4 angka, tapi dengan jumlah 3 angka pun dah boleh buat aku sebagai blogger yang nan-hado ni tersenyum. Tak gitu? Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Macam kita menabung la juga kan. Mana ada menabung terus jadi banyak.

Pada yang selalu merungut tak dapat CPUV, tak mengapa. Korang boleh usaha cara lain. Oh ya, selain daripada CPUV, apa kata korang kuatkan income kat CPC tu. Lagi ramai yang klik iklan kat blog, lagi banyaklah peluang untuk jana income. Tapi awas, jangan klik iklan burung biru dah la ya, melainkan korang boleh tarik orang untuk sign up burung biru tu. Haa..dapat juga earning. Burung Biru yang aku maksudkan tu, Churp Churp ya kengkawan.

Kalau dah hantar tiket kat Nuffnang tapi dapat jawapan yang kurang memberansangkan, tak mengapa, dia nak suruh kita usaha kuat lagi tarik advertiser atau mungkin korang boleh cuba platform pengiklanan yang lain. Banyak je sebenarnya cuma Nuffnang ni antara yang leading kat Malaysia dan boleh kata antara paling senang nak faham step dan strategi, tu yang ramai stick to Nuffnang for years. Contohnya aku sendiri.

Aku tak berani la nak jamin korang sign up Nuffnang boleh terus dapat CPUV, tapi aku takkan cakap korang tertipu dengan Nuffnang. NO...korang takkan tertipu. Apa yang penting ada usaha dan keinginan yang tinggi. Aku boleh tengok contoh seperti blogger Yumida yang dah banyak kali juga cash out earning Nuffnang beliau. Jujur aku kagum sangat dengan Yumida. 

Macam aku cakap, janji ada keinginan. Kita ni yang masih lagi baru dalam dunia blog ni tak bolehlah nak cepat berjaya macam blogger yang dah otai tu. Mula-mula bertatih, itu perkara biasakan. Aku sendiri pun amik masa bertahun baru dapat jumlah CPUV yang agak kerap dan konsisten setiap bulan. Tapi kena banyak keje sikit la.

Baik..tak mahu bebel banyak dah. Apa pun, terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV lagi. Semoga masih lagi dapat CPUV untuk masa hadapan.

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. salam. rezeki tu..tahniahhh :))

    ReplyDelete
  2. tahniahhh ! betul , awal-2 berblogging bukan terus dpt cpuv ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah ainim yg penting usaha kna rajin baru dia kadi byk iklan kan hhee

    ReplyDelete
  4. bestnya Tahniah... rezeki jangan di tolak... kalau boleh tambah lagi hihi...

    ReplyDelete
  5. Saya start daftar Nuffnang tahun 2011, tahun 2013 baru merasa cpuv nie.. haha... sebelum tu duk kumpul earning dari cpc jela yang tak seberapa tu.. saya berblog pun sebab minat. so income bukanlah masalah sangat. lama-lama nanti akan ada la rezeki untuk kita... ha gitu.. hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tahniah ainim...

    ReplyDelete
  7. Tahniah ainim... berderet dah tu... :D

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads