Sunday, September 21, 2014

CICD Outing 2014

Assalamualaikum....

Selamat tengah hari semua. Hari minggu ni korang buat apa je? Aku nak share aktiviti unit aku semasa cuti Hari Malaysia haritu. Kami dah plan lama aktiviti ni sebenarnya. Asalnya nak pergi ke mana-mana hotel tapi last kami plan ke Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam Selangor.

Haa..dekat, kos tak tinggi dan paling penting tak perlu travel jauh-jauh. Lagipun masa tak cukup nak gi jauh-jauh. So...kami bertolak awal pagi ke Ulu Yam. Tak konvoi pun...masing-masing gerak dari rumah dan aku, Ridzuan dan Kelly bertolak dari ofis sebab kami carpool.

Nak jadi cerita, disebabkan kami ni langsung tak pernah sampai ke Desa Kaloi tu, sesat barat kami sampai ke mana-mana Waze bawa kami. Hampeh sungguh waze kali ni. Tanya orang tempatan pun tak jumpa juga jalan. Last last...aku call Kak Aida tanya jalan. Alhamdulillah...jumpa juga. Sampai je, terus bawa barang-barang naik ke rumah. Dalam hati ada sedikit gentar takut kena bebel dengan Kak Ida dan Kak Ina sebab kami sampai lambat. Hihihi

Tapi, akak akak tu cool je sebab faham kami langsung tak pernah sampai situ. So...take 5 kejap untuk breakfast dan lepas tu terus je buat keje. Haa...kami plan macam-macam nak masak. Paling best sebab ada BBQ session. Gitu...makanya kami bergotong royong siapkan bahan-bahan masakan. Sama-sama buat kerja kekdahnya. Daripada pemerhatian aku, dah bukan macam piknik tapi dah macam nak kenduri kesyukuran adalah. Hahahah...



Menu yang jadi pilihan untuk BBQ kami ialah, ayam, ikan, daging dan juga kambing. Selain tu, ada baked potato, daging salai masak lemak, frankfurter, ulam-ulaman, buah-buahan, nasi putih dan nasi butter, kacang kuda buat kudapan dan ais kacang. Menu breakfast pun pelbagai juga tau. Ada sandwich, nasi lemak dan kuih-muih. Haa..banyakkan? Memang sebiji macam kenduri.

Time nak makan ni yang best. Disebabkan menu kami sangat banyak, jadi rambang mata nak makan mana satu. Seronok tengok budak-budak makan sebab perut lapar lepas berendam dalam kolam. Kami yang dewasa je tak sempat nak berendam..maklumlah busy buat kerja.

Aktiviti makan kami berlangsung sampai ke petang sambil tu bungkus membungkus untuk bawa balik. Banyak betul makanan sampai ke tapau. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar walapun terpaksa drag masa balik dari waktu awal yang dijangka. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang juga dipermudahkan Allah. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim kami sesama anggota unit. Semoga kami dapat anjurkan lagi aktiviti begini dimasa depan. Insha Allah.

Oh ya...gambar rumah ni nanti aku share kat entri lain ya.

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. sis pun tak tahu ada tpt tu wpun dah byk kali pergi ulu yam ...

    ReplyDelete
  2. seronok bergather2 kan?.. hilang stress semua..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads