Friday, September 05, 2014

3 Types Of People In Your Life

Assalamualaikum...
Image: Google
Dalam hidup ni, kita selalu je jumpa macam-macam jenis orang, dengan pelbagai kerenah dan ragam. Ada yang okay dan ada juga yang tak okay. You know what I mean right?

Tapi macam yang kat atas ni cakap, 'never forget 3 types of people in your life'. 
1 - Who helped you in your difficult time : Jangan sesekali lupa kebaikan orang pada kita. Kalau tak kerana dia, kita mungkin tak mampu nak atasi masalah. Even though masalah itu mungkin kita sendiri yang create ke, kalau ada orang yang tolong selesaikan, jangan dilupa jasa mereka. Walaupun, mungkin kita dah tak berhubungan dengan mereka, kebaikan mereka jangan dilupakan.

2 - Who left you in your difficult times : Kalau korang temui orang macam ni, tak mengapalah. Itu tandanya mereka ni bukan boleh dibuat kawan. Anggap je Allah nak tunjuk siapa sebenar dia. Atau mungkin dia ada alasan yang tersendiri, kita tak tau kan. 

3 -  Who put you in difficult time : Orang yang begini korang kena fikir banyak kali samada nak teruskan bersahabat dengan mereka atau tak. Silalah gunakan akal fikiran yang waras dan bijaksana supaya korang tak terjerat dengan masalah yang mereka create. Kata orang, kita nak baik dengan orang boleh asal jangan sampai menyusahkan. 

Itu pendapat aku je la ya. Setiap orang kan ada pendapat yang berbeza. Hmm..walau apa sekali pun, andai kita pernah melalui keadaan seperti yang di atas tu, marilah kita saling memaafi. Kita ni hidup pun takdelah sempurna mana ya tak? Walau apa yang orang buat dekat kita, jangan sesekali menaruh dendam. Itu bukan cara terbaik untuk membalas perbuatan jahat seseorang. Dendam tu hanya akan memusnahkan hati. 

Kemaafan adalah dendam yang terindah. Gitu quote yang aku selalu guna bila aku rasa sedih dengan perbuatan orang pada aku. Yes, memang la kita sakit hati kan, tapi macam aku cakap kat atas tadi, siapalah kita ni nak berdendam sebab kita pun tak sempurna, banyak je kelemahan. Berlapang dadalah ya. Paling penting kita belajar daripada apa yang dah terjadi. Semua yang terjadi ni kan proses pembelajaran kehidupan. 

Okay...till we meet again

12 comments:

  1. very very deepppp!!nice sharing...betul tuh.....maaf lebih baik drpd berdendam.....

    ReplyDelete
  2. btoi2..thank share info yg ckup2 bgus :)

    ReplyDelete
  3. ye la.kadang2 kita pun buat salah dan orang memafkan kita.Bukan kita tahu semua tu..selalunya bila orang buat salah pada kita je kita tahu..

    ReplyDelete
  4. lapangkan hati .. maafkanlah... kerana kita manusia tidak sempurna..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing ;) sentiasa berlapang dada..

    ReplyDelete
  6. time kite senang, ramai je yg nak kawan..
    yg x kenal pun ngaku kawan jgak..haha
    time susah, sume lari, lalat pun xnak hinggap.

    ReplyDelete
  7. Indeed Ainim..No 1 tu memang akan last forever..

    ReplyDelete
  8. kemaafan adalah dendam yg terindah..
    sekali sekala nk kena bohong diri sendiri jugak nih.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Maaf perlukan tenaga yang besar...orang yg kuat adalah orang yang pemaaf...^_^

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads