Monday, September 22, 2014

22 September 1956

Assalamualaikum...

Selamat petang. Baru dapat update blog. Perut masih sakit. 
Image: Google
22 September 1956, tahun kelahiran arwah abah. Kalau abah masih hidup lagi, sekarang ni abah dah 58 tahun. Tapi itu hanyalah kalau abah masih hidup. Abah dah pergi tinggalkan kami sekeluarga pada 15 September 2005. Sudah 9 tahun berlalu.

Abah meninggal seminggu sebelum kelahiran arwah yang ke 49 tahun. Takpe..hanya setakat itu yang Allah SWT tetapkan untuk kehidupan abah. Kami redha dan terima ketentuan dengan hati terbuka. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Kita semua ni pun takkan terlepas daripadanya. Cuma masa dan tika je hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bekalan dan persiapan pun belum cukup untuk aku. Yes..aku tahu itu.

Sekadar mengingati tarikh kelahiran abah je. Tarikh yang sentiasa tersemat dalam kotak fikiran. Mana mungkin dilupakan tarikh lahir orang kesayangan kan. Semoga roh arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Amin....

5 comments:

  1. Alfatihah..sama umur dengan mak akak la..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah..sama umur dengan mak akak la..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah buat arwah abah ainim moga rohnya di cucuri rahmat..kita serupa je ainim

    ReplyDelete

My friend say: