Wednesday, August 06, 2014

Tetamu Di Syawal Ke-10

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Maaflah, hari ni seharian tak dapat nak blog walking. Tengah hari tadi kita keluar ke MPH, Publika untuk cari buku. Maklumlah, nak jawab exam hujung bulan ni.

Malam ni baru je selesai melayan tetamu yang datang beraya ke rumah. Tetamu ni istimewa buat keluarga kami kerana merupakan anak kepada kenalan rapat keluarga. Dari mak ayah membawa ke anak semuanya berkawan dan Alhamdulillah, kami masih berhubung walaupun dah lama kami tinggalkan Teluk Intan tu.

Biasalah, kalau ada budak-budak kecil, rumah memang riuh sikit. Tambahan kalau budak tu jenis lasak. Tapi seronok tengok gelagat anak kawan kami ni. Suka makan dan gelagat kelakar kanak-kanak tu memang mencuit hati. Kalau tak tumpah air ke, biskut bertabur ke, bukan budaklah namanyakan. Tapi takpe la, budak kecik lagi. Nanti dah besar kita pesan nanti dia fahamlah.

Terima kasihlah sudi ziarah rumah kami ni. Alhamdulillah, tetamu yang hadir tu bawa berkat untuk tuan rumahkan. 

6 comments:

  1. Alhamdulilllah... Ukhwah yang terjalin sangat rapat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga hubungan silaturahim terus berkekalan...

    ReplyDelete
  3. kan. bebudak biasa lah. takde dorang xbest la. xmeriah gitu.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..masih ada tetamu datang..

    ReplyDelete
  5. salam. wahh ada lagi tetamu datang. nak exam ke hujung bulan?? all the best ya..semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. betul tu kak.. kalau budak2 datang beraya, mmng rumah tak rupa rumah.. tp kalau bdak dok diam je pun rasanya xbest jgk kan.. xmeriah..hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads