Friday, August 08, 2014

Teringin Nasi Kandar

Assalamualaikum...

Sejak dari bulan Ramadan lagi dah bercerita dengan Kelly perihal nasi kandar. Kisahnya aku dan Kelly berbual soal makanan. Aku tanya Kelly apa yang dia boleh makan dan apa yang dia tak boleh makan. Ye la, kadang ada juga Chinese yang tak boleh makan daging macam ada sorang kawan aku yang tak boleh makan daging. 



Nasib Kelly ni semua jenis makanan dia masuk je. Paling best kegemaran kami sama iaitu Indian food. Haa..siapa tak suka Indian food tu? Rugi wei rugi. Kari India la yang paling best sekali. Hahaha. Aku ni kalau ingat kari India je mesti ingat nasi kandar. So, kebetulan masa sembang dengan Kelly pasal nasi kandar tu, terus cakap kat Kelly, lepas balik dari cuti raya nak pergi makan kat Banana Curry Leaf. Huih...


Bilalah dapat makan nasi kandar tu ya? Hari ni pun aku taktau dapat ke tidak pergi sana. Kerja ni pun tak habis lagi. Haih..kesian. Macam kena plan lepas ofis je ni. Tak pun kena tunggu next week ke. Baru dapat pergi. Haih..harap sangat dapat makan nasi kandar tu. Kepingin sangat tekak ni.

Okay...till we meet again

15 comments:

  1. Salam Aidilfitri... :)
    Lama dah x makan nasi kandar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri Nurul. Lama tak makan? Apa kata pekena skali.

      Delete
  2. Hehe.. Mieza ni plak sejak dah kawen ni je baru pandai makan kari2 segala.. Sbb family in law kaki makan kat kedai mamak.. Klu tak, mmg tak reti & tak suka mkn kari.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..orang kat rumah saya ni pun kaki makan kat mamak. saya kalau kalau kari mmg pilih kari india

      Delete
  3. Mesti pedaskan kari indian tu dik..
    Nampak gaya2 akak kena belajar makan pedas..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..haruslah pedas kak. baru best makan

      Delete
  4. dayah jarang makan nasi kandar..x brapa nak selera..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sebenarnya dayah. rasa pedas rempah tu memang umph

      Delete
  5. Kita geng lah akak...suka makan nasi kandar...mai penang dik an bawak akak makan nasi kandar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay dik an. kalau akak pegi penang bawa akak ek

      Delete
  6. lya tak mkn pedas sgt..tak pernah plak lya lagi merasa nasi kandar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti lya kena rasa. mmg sedap tau

      Delete
  7. sy xpnh mkan nasi kndar..hehehe.. tp tgk ni pun dh terliur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimie kenalah cuba lepas pantang nanti.

      Delete
  8. nasib ciksu dah makan nasi kandar.
    makan kat penang bulan 5 hari tu.
    lau tak dpt lagi, ni mau meleleh air liur nengok.. hihihi

    ppsst: ciksu ambik susu kambing. in shaa Allah dgn izin Allah boleh elakkan jaundis pada bby..

    anmum ciksu x mo sbb blh naik berat bdn.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads