Friday, August 08, 2014

Plan 'Brainstorming Raya CICD"

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sekejap je dah hari jumaatkan. Sebelum menyibukkan diri untuk siapkan kerja kumpul maklumat yang masih berbaki untuk disiapkan, meh nak cerita projek terbaru unit aku.

Kalau bulan Julai yang lepas kami berjaya juga buat projek Iftar CICD, maka sempena bulan Syawal ni pula, projek Raya kami nak buat. Ini pun boss aku, Puan Anisah yang suggest masa melayan gambar-gambar iftar kitorang tu. Puan cakap best ni, pasni sambung buat untuk raya pulak. Aku pun apa lagi, memang excited la.

Seperti yang dirancang sebelum raya tu, seawal hari Isnin masing-masing dah sibuk bertanya pasal projek raya kami. Huih..semua tanya jadi ke tak. Aku memang awal-awal masa boss cakap nak buat projek raya, aku request boss aku masakkan rendang tapi dengan air tangan beliau sendiri. Hehehe. Beriya betul aku pujuk boss. Bila semua dah setuju dan bagi hint nak bawa apa dan konsep apa, terus je puan panggil kitorang untuk buat meeting. 

Haa..ni yang best ni. Time discuss ni je dah nampak betapa excited warga CICD nak buat projek raya ni. Kalau tahun lepas kitorang order nasi arab tapi tahun konsep pot luck pula. Jadi, masing-masing perlu bawa menu yang dimasak sendiri atau pun nak tempah ke asalkan bawa. Kitorang dah bahagi tugas siapa yang akan bawa air, siapa yang akan in-charge bab pinggan mangkuk. Dari seberat-berat menu sampailah ke buah-buahan dan dessert. Semua dah diagihkan tugas.

Entri ini akan ada sambungannya pada minggu depan right after kitorang punya projek berjalan ya. SO, stop kat sini dulu. Apa kata korang layan dulu gambar-gambar kat bawah ni. 






Okay...till we meet again

11 comments:

  1. wah..macam besar je projek raya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la besar mana pun projek tu kak

      Delete
  2. best brainstorming ni noo kadang2 yg dok jadi passenger tu idea dia sempoi cuma dia banyak mendiamkan diri saja cuba kita petik suis dia skit kompom dia xsegan nak kongsi idea ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...brain storming ni kena gather sume idea baru best

      Delete
  3. wah...memang excited semorang ni...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..haruslah excited mama. nak makan-makan la katakan

      Delete
  4. Replies
    1. hihihi..harapnya begitulah. thanks lya

      Delete
  5. alang2 dah singgah lya menabung sekali cne

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads