Friday, August 01, 2014

Patbingsu Di Tengah Malam

Assalamualaikum...

Ini kisah malam semalam. Balik daripada jumpa kawan merangkap adik, Hakimi. Kembar aku request nak buat patbingsu. Korang bayangkan dah pukul 10pm lebih boleh pulak dia request nak buat abc korea ni. Adeh..

So, kita tunaikan hasrat buat patbingsu tu. Kisahnya, nak merasmikan sekali mesin kisar ais yang aku beli kat AEON tu la. Semangat katanya nak buat tengah malam. Haa..makanya basuh siap mesin tu, terus keluarkan ais dari peti sejuk. Nasib ais cukupkan. Keluarkan buah-buahan dan potong. Apa yang pasti kurang sikit tang strawberry tu sebab aku tak sempat nak masak dulu, nak bagi manis sikit. Tak apa, itu lain kali boleh buat pulak.

Maka, setelah gigih tangan memutar mesin tu sampai luka-luka jari, siaplah dua mangkuk patbingsu. Haa..senang je nak buat cuma ingredient ada kurang sikit sebab kacang merah takde. Kang kalau letak kacang merah, ada yang tak makan pulak kang. Hehe..so, kiranya boleh repeat lagi ni. Siapa nak? Hahaha

Okay...till we meet again

3 comments:

  1. wow patbingsu.. aiseyh kena ada kacang merah baru kick.. :D

    ReplyDelete
  2. dap dapnya.

    jom join blog sy. ada skirt free

    ReplyDelete
  3. pelik namanya baru pertama kali dengar hhee

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads