Friday, August 01, 2014

Patbingsu @ Caffe Bene

Assalamualaikum...

Masih ingat pada entri Caffe Bene @ Solaris Mont Kiara beberapa bulan lepas? Ala, yang aku buat korean food hunt konon-kononnya. Haa..kali ini aku repeat makan kat situ tapi kali ini dengan kengkawan aku, Azima dan Wana. 

Kisahnya kami dah plan hampir dua minggu sebelum last week of Ramadan. Mulanya kami jenjalan dan saja je aku sakat kawan aku, Wana pasal patbingsu. Sekali dah Azi pun teringin nak try. Aku pun bagai pucuk dicita ulam mendatang, setuju je la bila dorang request nak buka puasa di situ. Haa..Selalu orang buka puasa makan buffet Ramadan berat-berat. Kami pula lain kisahnya.

Seperti yang telah kami janjikan, makanya beberapa hari sebelum cuti raya tu, kami ke Caffe Bene, Solaris Mont Kiara, sekali lagi untuk nikmati patbingsu disitu. Alhamdulillah, nasib tempat duduk masih banyak. Kali ini aku order Strawberry bingsu. Wana order green tea bingsu manakala Azi order Cookies and Cream bingsu. Ambil single size je. 

Seronok je kitorang makan. Memang best, dah la sedap. Manis pun just nice, buah-buahan pun segar. Memang kenalah taste kami. Bajet konon fefeeling korea la. Hahaha. Apa pun, syukur Alhamdulillah plan yang kami rancang selama dua minggu menjadi. Masing-masing sabar tunggu date yang dirancang. Demi nak make sure kami bertiga betul-betul available kan.

Oh ya, ada kisah lagi pasal patbingsu ni. Nak tahu? Tunggu next entry ya.

Okay...till we meet again

3 comments:

My friend say:

Nuff Ads