Monday, August 18, 2014

Nikmatnya Ais Kerim Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Hari ni kita masih berpuasa ganti. Masih ada berbaki 2 hari lagi. Insha Allah nak habiskan secepat mungkin. Tak nak jadi macam tahun lepas. Disebabkan asyik tak sihat, sudahnya lewat baru dapat ganti. Sementara tengah sihat ni, aku ganti siap-siap.

Oh ya...ni cerita pasal ais kerim Malaysia. Aku dan kawan-kawan beraya ke rumah Kak Aida mengikut misi Geng Terjah. Kisah penuh raya Geng Terjah akan menyusul di entri lain ya. Berbalik pada tajuk kat atas tu. Masa raya kat rumah kak Aida, kami dihidangkan dengan ais kerim Malaysia. Masa nampak ais kerim tu, semua dah tak keruan.
Aku la antara yang over tak keruan tu. Maklumlah, zaman sekarang ni susah sangat nak dapat ais kerim Malaysia ni. Kalau ada jual pun tak taulah kat mana. Jadinya bila dapat ais kerim ni tambahan masa tu kami nak gerak ke rumah seterusnya, apa lagi rembat dulu la. Siap-siap potong pengikat tu. Makan pulak bawah terik matahari. Perghhh..dia pula feeling, memang best.

Perisa yang kak Aida buat tu ribena dan sunquick. Aku, Syaf dan Wan pilih Sunquick, manakala Diyana pilih Ribena. Apa lagi, gambar makan ais kerim jadi bukti. Nikmatnya la hai..ni yang buat aku teringin nak buat ais kerim ni sendiri tapi skill nak ikat tu takde. Hahaha...
Begitulah ceritanya. Sedapnya..nikmatnya..rasa macam nak request kat Kak Aida je lagi.

10 comments:

  1. amboi ainim hheee..lya pun dah lama tak buat aiskrim tu

    ReplyDelete
  2. eeeiii.. kalau kat kampung ni selalu makan sebab ada kedai runcit jual...

    ReplyDelete
  3. hehe aiskrim malaysia..nenek sy jual..memang laku..nak2 time cuti sekolah! ;p

    ReplyDelete
  4. Macam tu sekali mukanya. Sedap sangat tu. hehehe...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  5. lama tak makan ais krim malaysia ni lah... nak nak perisa anggur..

    ReplyDelete
  6. Wah.. Sedapnya.. Lama tak buat..

    ReplyDelete
  7. lama tak pekena...dulu rajin dan selalu buat...heee

    ReplyDelete

My friend say: