Tuesday, August 05, 2014

Mana Kad Raya Aku?

Assalamualaikum...
image: Google
Malam ni aku nak membebel sikit. Perihal kad raya dan aku. 1 syawal dah berlalu hampir 10 hari lamanya. Kita ni dah nak masuk tengah bulan syawal dah pun. Lagi berapa hari je lagi. TAPI....

Okay..aku tengah kontrol emosi ni bila cakap perihal kad raya ni. Sebenarnya ada beberapa kawan yang beritahu aku mereka ada kirimkan kad raya buat aku. Ada yang post 2 minggu sebelum raya dan ada yang seminggu sebelum raya. Dalam ramai-ramai yang cakap nak bagi kad raya dan bagitau dah pos kad raya tu, hanya ada 1 je yang sampai kat dalam mailbox tu dengan selamat. 2 kad dapat sebab guna poslaju dan 1 by hand.

Masalahnya, yang balance beberapa keping kad raya tu ke mana? Aku sebenarnya nak bagitau yang aku memang rasa pelik dengan Pos Malaysia cawangan Putrajaya ni. Jangankan Pos yang biasa tu, Poslaju dorang pun pelik sangat untuk aku. Kalau aku hitung, kad yang 2 minggu sebelum raya diposkan sepatutnya boleh sampai kat tangan aku sebelum raya. Kalau seminggu sebelum raya tu aku bolehlah terima sikit alasan tak sempat sampai kan.


TAPI ni dah nak masuk tengah bulan Syawal, takkan la susah sangat nak sampai ke rumah aku? Dekat sebulan dah tu. Ke memang posmen tak nak hantar dah kad raya tu? Musykil betul dalam kepala aku. Since aku dah mula bekerja dari hari Khamis lepas lagi aku hari-hari check peti pos tu. Langsung takde kad raya. Surat-surat biasa je yang ada. Bil air adalah. Hahaha. 


Jadi, ke mana perginya kad raya aku tu? Takkan sebulan baru sampai kot? Kad yang aku hantar ke Sabah dan Sarawak pun dah sampai. Takkan la kad raya area semenanjung ni perlu masa lebih sebulan baru dapat? Siapa kerja Pos Malaysia? Boleh tolong jawabkan tak? Siapa boleh tolong aku untuk carikan jawapannya?

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. mama yang hantar hadiah menang giveaway tak sampai-sampai.. sebulan berlalu dah.. lagi sedih..

    ReplyDelete
  2. Sabar yer ainim..takut diorg tersalah hantar ke tmpt lain kot..

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah nanti sampai tu akak :)

    ReplyDelete
  4. abg posmen tu ambik kot ainim..hihik

    ReplyDelete

My friend say: