Thursday, August 07, 2014

Konsentrasi Terganggu

Assalamulaikum..

Ini ada kaitan dengan entri Wordless Wednesday #3 semalam. Jujur cakaplah, aku ni pesen manusia yang tak tahan sejuk. Setakat angin bertiup kencang kat balcony rumah pun aku dah berselubung. Padahal lemak badan ni banyak je. Tapi tak tahan sejuk tu, kemain macam kurus kering.

Apa yang menjadi masalahnya, sejak kembali dari cuti raya ni, makin menjadi-jadi pulak suhu sejuk kat ofis ni. Bukan setakat sejuk cameron highland, aku rasa memang betul-betul dalam peti ais. Ala..dalam freezer tu. Korang bayangkan, air mineral yang aku beli memang bukan dalam peti ais pun boleh rasa sejuk macam dalam peti ais.

Aiseh..kesejukan melampau ni membuatkan konsentrasi kerja aku agak terganggu. Manakan tidak, aku tercari-cari sesuatu untuk panaskan badan. Kuku jari aku dah nak beku dan biru-biru dah ni. Adoi..serious, aku memang takleh nak fokus kerja sekarang ni. Ke mana saja aku pergi semua tempat sejuk. Even dalam toilet pun sejuk. Surau yang selalu jadi tempat nak panaskan badan pun takleh harap.

Ke mana lagi aku nak lari ni? Aku dah beriya beli sarung tangan, sarung kaki, pakai jaket berlapis langsung tak beri kesan tau. Sehingga aku menaip entri ni pun tangan aku menggigil lagi. Brrr...brrr..brr... Korang ada cara tak nak suggest kat aku apa cara nak panaskan badan. TOlong! tolong!

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. badan snsitif sejuk ye...jaga diri..

    ReplyDelete
  2. Kesian akak...banyak kan minum air bnyak2 kak...

    ReplyDelete
  3. nak demam kot? try la g klinik.

    ReplyDelete
  4. bila da sejuk memang satu benda ponn xmenjadi. hehe

    minum air suam banyak2..

    ReplyDelete
  5. salam. hmm..banyakkan minum air suam kut ..

    ReplyDelete
  6. agaknya ainim duduk kat laluan angin air cond ni...tu yang sejuk keman...tak elok untuk badan...minum air suam banyak2 yer...

    ReplyDelete
  7. dasyat ni.punya kuat le ekon yg dipasang tu.,
    minum air panas la selalunya..

    ReplyDelete
  8. panas ungun api kihkih..jgn marah ainim kita gurau je.lya pun sbnrnya tak thn sejuk.sib baik la opis ni ekon tak sejuk sgt

    ReplyDelete

My friend say: