Friday, August 15, 2014

Kenyang Dengan Jamuan Raya

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Kali ini aku nak bercerita kisah raya lagi. Tapi kali ini jamuan raya kat ofis ni pulak. Bulan Syawal ni sebenarnya ramai yang dapat jimatkan poket. Senang cakap, duit tu jimatlah sikit. Bukannya apa, bulan Syawal ni banyak unit yang buat open house termasuklah unit aku sendiri.

Dari last week dah start ada yang buat open house a.k.a open unit. Aku cuma kira yang dari division aku je la ya. Bila dah buat tu, mestilah ada yang memanggil sekali jiran-jiran sekalian. Unit-unit lain pun merasalah juga jamuan tu. Makanan yang dihidangkan pun variety. Jadi banyak pilihan.

Alhamdulillah, kiranya perut tu kenyang dengan makanan daripada jamuan raya. Biasanya jamuan tu pulak buat dari lewat pagi ke tengah hari, jadinya waktu lunch memang takde la nak ke pergi ke cafe ke apa. Alhamdulillah, jimat dah duit kat situ.

Bulan Ramadan dan Syawal ni memang beri rezeki yang berbeza sedikit. Bertambah murahlah rezeki tuan rumah yang menjemput tu ya. Oh...gambar tak berapa ada nak share. Nantilah aku share gambar jamuan unit aku dalam entri lain ya. 

Okay...till we meet again

9 comments:

  1. btlt tu ainim mkn free sapa tak nak kan

    ReplyDelete
  2. makan free oiii...hahahaha...sally punya office hujung bulan ni baru buat :D

    ReplyDelete
  3. untunglah kenyang dengan jamuan raya.... hi hi hi... weekend open house pulak...

    ReplyDelete
  4. gitulah nampaknya..bulan syawal, rezeki makan sentiasa ada

    ReplyDelete
  5. geram tengok kek yang cantik tu.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  6. seronoknya...esok pun akak ada jamuan...so x yah pening2 fikir bawak bekal...

    ReplyDelete

My friend say: