Saturday, August 30, 2014

Geng Terjah Beraya Vol 2 - Part 2

Assalamualaikum...

Kali ni Part 2 pulak ya. Part 1 kat SINI. Setel je raya kat rumah Kak Faizah, kami teruskan destinasi ke seterusnya di Kajang pula. Kali ini rumah Kak Aida. Haa..rumah kak Aida ni antara yang paling aku tunggu. Sebab apa tau, sebabnya ada kat SINI. Kali ini kak Aida raya berdua dengan suaminya. Haa..

Perjalanan dari Gadong tu ke Kajang tu takdelah jauh mana bagi aku sebab kami ikut jalan yang tak berapa nak jem. Dirumah kak Aida, kami dihidangkan dengan mihun goreng dan kuih raya. Sedap betul kak Aida goreng bihun. Ikut hati nak tambah lagi tapi memikirkan ada lagi dua buah rumah belum terjah, batal hasrat. Kalau ikut muka tak malu nak minta tapau balik. Hahahah


Tengok je la gambar kat atas tu, kami makan ais kerim Malaysia. Ko hade? Hahaha..sedap wei. Lama betul tak makan ais kerim Malaysia ni. Serius aku suka. Enjoy sangat makan bawah terik mentari gitu. Actually, masa ni kami dah nak bergerak ke destinasi seterusnya iaitu rumah boss kami, Pn Anisah.

Kat rumah Puan pulak kami dijamu dengan serawa durian, bihun goreng dan juga sambal tumis udang petai. Wow...meriah betul makanan kat rumah boss. Banyak gile. Kat sini aku dah start makan makin sikit. Perut dah makin kenyang ni. Rasa baju tu sendat pulak tetibe. Hahahah. Sebelum kami bergerak ke rumah terakhir, apa lagi, snap photo dulu. Itu kan wajib.

Haaa...kat bawah ni rumah terakhir, di USJ. Rumah Cik Huda. Actually, Cik Huda supposedly ikut kami sekali berjalan raya tapi last minute cancel. Tapi rumahnya tetap kami pergi sebab dah berjanji. Kat rumah cik huda kami tak stay lama sangat sebab masing-masing dah kepenatan. Apatah lagi mengharung jem gila babas kat Federal Highway.  

Kat rumah cik huda pula kami dijamu dengan lasagna dan mee rebus. Best...walaupun kenyang dah perut tapi makan juga sebab dah sedap. Hehehe. 
Maka, dengan berakhirnya sesi jelajah kami ke rumah Cik Huda, selesai sudahlah program kami hari itu. See...penat sungguh muka masing-masing. Aku sendiri balik tu kena migraine. Nasib dah selesai program. Agaknya sebab penat sangat kot.
Alhamdulillah, program kami berjalan lancar. Allah dah bantu untuk mempermudahkan. Semoga kami akan kekal bersama dan dapat buat lagi program macam ni tahun depan. Insha Allah....

Okay...till we meet again

5 comments:

My friend say:

Nuff Ads