Thursday, August 07, 2014

Boikot Biar Berilmu

Assalamualaikum...

Kecoh semalam ya pasal kempen boikot di Mc Donalds Dungun. Sungguh terkejut juga aku bila baca kenyataan daripada pihak Aqsa Syarif. Nyata mereka kesal dengan tindakan oleh masyarakat Dungun. 

Rakan sekalian, aku yakin kita sejak kecil di ajar dengan nilai-nilai murni dan tatacara hidup budaya masyarakat timur. Pernah ke kita diajar kalau tak sukakan sesuatu kena bertindak kejam tak pun berkelakuan tidak senonoh pada orang atau pun sesuatu yang kita tidak suka? Jangan kata agama Islam melarang, rasanya mak ayah kita pun tak pernah ajar anak-anaknya berkelakuan begitu. Betul tak?
image: Aqsa Syarif Website
Aku tak mahulah sentuh hadis atau mana-mana ayat Al-Quran untuk dikaitkan dengan isu ini. Ya, memang kita digalakkan untuk memboikot mana-mana syarikat yang mempunyai hubungan dengan israel terutama yang menyatakan dengan jelas akan sokongan ketenteraan terhadap israel atau apa bentuk sokongan kepada israel yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat Islam di Gaza (khususnya).

Umum ketahui bahawa kempen boikot ini bukannya bermula pada bulan Ramadan yang lepas malah telah pun bertahun kempen ini dijalankan. Bukannya bermusim sebab Gaza diserang pada bulan Ramadan lepas ya. Pihak Aqsa Syarif dan banyak lagi NGO yang berkaitan dah lama ajak kita boikot barangan yang dari syarikat yang berhubung dengan israel. Cumanya samada kita 'AWARE' atau 'UNAWARE' dengan kempen boikot tu. Faham tak?

Nak boikot biar bertempat, nak boikot biarlah berilmu. Kena tahu dan fahami kenapa kita boikot. Kena faham maksud boikot dan cara paling terbaik untuk kita boikot. Bila maksud boikot tak difahami dengan jelas, begitulah rupanya yang terjadi macam di Dungun tu. Ada ke pekerja dan pelanggan tu buat dosa kepada para pemboikot yang ghairah tu? Takde kan? Malah mereka berniaga pun dengan permit yang sah. Siapa kita nak halang mereka berniaga, dan siapa kita nak cakap halal atau haram duit gaji yang dorang dapat dan mereka yang makan. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH SWT. Sedangkan gaji yang kita makan ni belum tentu halal 100%. Manalah tahu ada 

Kita boikot dengan berhemah. Tak perlulah berdemonstrasi bagai, serang atau buat kekecohan dimana-mana premis yang sah. Kitakan ada adab dan kitakan manusia bertamadun. Apa yang perlu kita buat ialah, ketahui syarikat yang memang jelas ada kaitan dengan israel dan ketahui produk yang perlu kita boikot. Tapi tengok juga kepada keperluan. Kalaulah barang yang digunakan memang takde keluaran daripada syarikat lain dan cuma itu je la barang yang ada, maka tak perlulah boikot. Tapi kalau mampu cari alternatif lain, maka usahakanlah untuk mencari alternatif tu. Banyak je sekarang produk keluaran negara sendiri. Cumanya kita sendiri yang memandang rendah pada produk keluaran Malaysia. Kononnya takde standard.

Lagi satu, kalau ya pun nak cari alternatif, pastikanlah alternatif yang kita cari tu pun ada sahih status halal ya. Jangan sebab sibuk nak boikot produk berkait israel tapi lupa nak semak halal haram produk alternatif tu. Kalau dah memang produk yang nak diboikot tu ada kat rumah, sebaiknya habiskan dulu. Jangan buang pulak. Dah jatuh kepada pembaziran, tak pasal-pasal dapat dosa. Lepas habis barang tu, tak payah beli dah, cari alternatif lain.


Kalau dah rasa susah hati sangat tak boleh nak makan McD, haa ni lah masanya cari kedai makan lain yang makin banyak tumbuh macam cendawan tu. Terutama usahawan bumiputera kita ni. Banyak je restoran / kedai burger yang ada macam burger Fizo Omar tu, Zizan Razak tu. Lagi sedap rasanya kot. Hehehe. Kalau tak mahu dah minum Starbucks tu, kan ada Chatime, Cool blog etc. Pun sama macam Starbucks cuma takdelah ada kafe sehebat mereka. Tapi pada aku lagi best minum Chatime & Cool blog apa. Kurang sikit manis dan lagi best pilihan dia. *Pendapat aku je la ya


Lagi satu isu yang aku nak sangat sentuh terutama buat cik abang diluar sana yang beriya benar nak sertai kempen boikot ni. Maaf ya, isu kali ini sensitif sikit. Mohon maaf kalau terasa. Mereka yang merokok tu, tak nak ke stop merokok? Tahukan rokok tu dah tentu-tentu produk yang diilhamkan oleh yahudi tu. Jangan kata bazir duit, burukkan kesihatan malah memang sah HARAM disisi agama. Rokok ni la produk yahudi NO 1 kena boikot. Apa kata sebelum nak boikot produk lain, cik abang kat luar sana boikot dulu rokok ni. Kan lagi enak didengar di telinga kalau kempen berhenti merokok tu disambut baik. Secara tak langsung cik abang diluar sana tu dah pun boikot produk yahudi ni. Betul tak?

Hmm..dah panjang pulak membebel. Macam aku cakap kat atas ni dan ramai je kengkawan blogger dah menulis isu boikot malah kempen besar-besaran pun ada sentuh tentang boikot ni. Apa yang penting bukan ikut emosi, bukan ikut nafsu, bukan ikut masa tertentu. Ianya perlu berterusan. Tapi kalau dah memang takleh nak boikot tu, nak buat macam manakan? Kita berdoalah supaya ALLAH halalkan apa yang kita makan. Kalau tak sure juga, tanyalah mana-mana pakar agama yang boleh menjawab dengan baik isu boikot ni,

Wallahualam,...

7 comments:

  1. memang setuju sangat apa yang ditulis nie ainim...kena berilmu untuk memboikot barangan diorang...

    ReplyDelete
  2. betul tu...dalam sibuk kita memboikot, adab dan tatasusila kena jaga...

    ReplyDelete
  3. betul tu ainim. terkejut jugak tengok berita kat dungun tu. buat malu aje. hukhuk

    ReplyDelete
  4. salam. sy setuju sangat..nak boikot biar berilmu..jangan main hantam

    ReplyDelete
  5. setuju tu. biarlah berilmu dan beradab.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads