Tuesday, August 19, 2014

Bila Entri Blog Jadi Inspirasi Pembaca

Assalamualaikum...

Hehehehe...jangan marah aa..ini kisah aku dan shawl. Apa lagi kalau bukan ShawlByVSnow ni la. Begini kisahnya. Kan aku ni kalau dah suka sesuatu produk tu, aku jenis stick dengan brand yang sama. Kalau ada yang lain pun takkan sebanyak brand VSnow ni la. 

Hendak jadi cerita, beberapa hari yang lepas, semasa sedang berbual dengan VSnow Angels di Whatsapp, tetiba salah seorang member bagitau suatu perkara. Apakah perkara itu? Baca je la kat gambar bawah ni ya.
Ya Allah, terharunya aku bila ada orang ter-inspired nak pakai shawl disebabkan oleh penulisan blog aku ni. Korang pun aware dengan entri aku. Kalau sukakan sesuatu, aku akan share dalam blog ini dan VSnow adalah yang aku selalu share. Yes, gitulah Anim Rashid a.k.a. Ainim Rashihah ni. Bukan apa, aku suka kalau sesuatu yang aku pakai atau makan tu best atau selesa, aku nak share dengan kengkawan dan pembaca semua. Bila kongsi baru best. At least boleh share info, itu yang penting.

Sebelum ni pernah juga yang mulakan blog sebab ter-inspirasi daripada aku. Syukur Alhamdulillah. Aku bukan blogger glamour jauh sekali kategori handalan. Tapi bila ada yang dapat manfaat yang baik daripada penulisan aku, itu adalah antara yang menjadi kepuasan buat aku sebagai seorang blogger. Kata orang, boleh bagi semangat lebih pada diri aku.
Buat korang yang rasa tak berapa pasti nak pakai shawl atau pun tak berapa reti nak pakai, boleh je tanya aku. Anytime, just message or PM kat Facebook Fanpage aku ya. Insha Allah, mana yang boleh tolong, aku tolong la sikit-sikit. Tapi bab ShawlByVSnow ni aku fasih jugalah sebab penggemar setia la katakan. Hihihi..

Ni antara koleksi yang masih dalam plastik. Ni sebelum raya haritu la. Sekarang separuh dah buka dan pakai. Hahahah
Ni antara koleksi yang ada. Ada beberapa helai tak masuk sebab tengah basuh. Nampak tak tinggi sebab shawlkan tak tebal macam kain baju t-shirt.

Okay...till we meet again
*bukan niat nak menunjuk jauh sekali nak takbur, sekadar nak berkongsi rasa gembira dengan kalian followers and readers

8 comments:

  1. pernah pakai dan teringin nak pakai lagi...tapi blom bole sebab anak suka tarik tudung...pernah pakai, tak sempat nak melawa, dah senget...terus tukar...ehehe

    ReplyDelete
  2. Nak try cari n try pakai juga... Insha Allah... Mmg bila kita review org akan rasa nak cuba juga...

    ReplyDelete
  3. tu diaaaaa... cayalah kak ainim :)

    ReplyDelete
  4. Diana pun suka pakai shawl..kalau nak jln jauh2...

    ReplyDelete
  5. waaaa... bnyknya koleksi kak.. sy tak terbeli bnyk cmtu..hehe
    ok la kan orng review.. memang orng akan cari pendapat sebelum membeli.. :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads