Tuesday, August 26, 2014

Bi Bap Korean Food @ NU Sentral

Assalamualaikum...

Dah tidur ke? Malam ni nak up sikit gambar makanan. Entri ni dah terpendam lama. Tuan blog busy tak bertempatkan. Kesian gambar ni.


Kalau korang biasa kunjungi blog ini, makanan korea adalah antara yang selalu aku share dalam blog ni. Kalau korang perasanlah. Kegilaan aku dan cik kembar kepada budaya dan makanan korea memang tak dapat disangkal lagi. Gitu..


So..demi untuk merasai keenakan makanan korea yang ada kat Malaysia ni, kami singgah ke Bi Bap Korean Food, NU Sentral, Kuala Lumpur. Kalau korang nak masuk ke arah parking NU Sentral ni pun dah nampak restoran ni. Senang nak cari. Betul-betul kat level LG.

Restoran ni sama je dengan restoran makanan korea yang lain cuma ada hidangan yang tak dapat kat Dubu-dubu seperti kimbab tu, boleh dapat kat Bi Bap ni. Range harga masih tak jauh beza pun. Aku try sundubu jigae manakala kembar try rabokki dan juga kimbab. Kembar aku kisahnya dah lama sangat teringin nak makan kimbab. Takkanlah nak pergi Berjaya Times Square semata-mata nak makan kimbab, ye tak?

So, kat bawah ni la makanan yang kami order.



Menarik tak? Tapi sungguh tak tipu, aku lagi suka Sundubu jigae yang ada kat Dubu-dubu sebab tak banyak bawang. Hahaha..aku kan tak suka bawang. Tapi sedap je cuma tang bawang tu je aku lemah. So, korang bolehlah try makan disitu. Ada juga dorang tayang video clip lagu-lagu OST drama korea. Santai la juga.

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. Nmpk sdp.setakat ni sushi je lya prnh mkn mknan korea

    ReplyDelete
  2. suka jugak korean food tapi jauhh nk mecari nih. sobss

    ReplyDelete
  3. lahai...lama tak makan makanan korea gini..hehe sedap nmpk! ;D

    ReplyDelete
  4. belum rasa nak try...kekeke...byk betul kedai dah skrg ni :P

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan makanan macam gini. hihi

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads