Wednesday, August 27, 2014

Bebas Palestin

Assalamualaikum...
Image: Google
Kali ini nak cakap perihal gencatan senjata Palestine yang telah berjaya dicapai dengan rejim zionis. Alhamdulillah, rakyat Gaza kini dapat kembali hidup tenang. Syukur ya Allah syukur. Aku pun tumpang gembira dengar khabar ini. 

Apa yang perlu dilakukan untuk bangunkan semula Palestine, khususnya Gaza yang dimusnahkan oleh zionis laknatullah tu. Sekarang ni dah banyak NGO termasuk dari negara kita yang memberikan bantuan daripada pelbagai sudut. Kalau korang nak menderma pun boleh hubungi pihak Aman Palestin, Aqsa Syarif dan banyak lagi.

Cuma dari tadi aku mendengar lagu BEBAS PALESTIN nyanyian gabungan nasyid tanah air seperti Inteam, Saujana, Rabbani dan Nowseeheart. Aku sendiri pun masa dengar lagu ni baru je dapat tahu mengenai gencatan senjata tu.

Jom hayati lirik lagu ni
Bebas Palestin

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Sumber: SINI

Wallahualam

6 comments:

  1. Syukur smuanya atas bantuan dari Allah s.w t

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing ainim...baru tau ada sebab dh lama sangat tak dengar radio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, akhirnya kemenangan dicapai

      Delete

My friend say:

Nuff Ads