Wednesday, August 20, 2014

#Bajet2015 : Berikan Cadangan Anda

Assalamualaikum...

Kita berada di ambang Bajet 2015. Tak lama dah lagi sebenarnya. Sekejap je dah masuk hujung tahunkan. Insha Allah, kita akan sampai tahun 2015 nanti.

Oh ya, biasanya bila nak hujung tahun ni mestilah ada pembentangan #Bajet2015. Perdana Menteri akan membentangkan bajet negara untuk tahun hadapan. Rasa-rasa koranglah kan, apakah manfaat yang akan kita dapat untuk tahun hadapan?

Baik, sebagai rakyat, kita berhak bersuara untuk memberi pendapat mengenai bajet negara. Tak salahkan andai kita punya idea lagi bernas dan mampu membawa manfaat berguna buat semua rakyat Malaysia. Apa yang menariknya, idea bernas tu tak perlu simpan dalam kepala kerana kita punya ruang dan medium khas untuk nyatakan pendapat dan cadangan bagi bajet tahun depan. 

Bagaimana ya nak beri pendapat tu? Senang je, 1Malaysia.com menyediakan platform khas untuk kita berikan pendapat dan cadangan. Korang klik je link kat bawah ni.

Haa..inilah masa yang sesuai untuk kita utarakan segala idea yang ada dalam kepala tu. Kalau selama ni dok peram je takde tempat nak bercerita, meh sini kita bagi cadangan pada pihak kerajaan. Bagi mereka dengar apa yang kita nak cakap. Tak guna juga kalau kita ni duk pompang sana sini tapi bila dah diberi ruang dan peluang untuk bersuara tapi tak gunakannya, betul tak? Kita bertindak secara bijak ya.

Ayuh! Kita nyatakan hasrat kita. Banyak kategori yang disediakan. Nyatakan apa saja cadangan korang. Manalah tahu, idea korang yang bernas tu akan diambil kira dalam bajet nanti? Who knows? 

Apa pun, semoga #Bajet2015 akan mampu memberi manfaat besar kepada kita sebagai rakyat marhaen ni.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. hahaha
    ni best ni
    nk bg suh PM bg elaun sara hidup
    tukar Briiiiiiiim yg staun skali tu jdi sebulan skali
    bole la lepas byr unfi bulan2 ...hikhik :P

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... Nak minta internet free utk semua guru... Hehe

    ReplyDelete
  3. #Bajet2015 dayah perlukan bajet untuk 7jib..hoho

    ReplyDelete
  4. Ykan baru prasan dah nak kira bajet utk 2015 dah

    ReplyDelete
  5. Jom sama-sama kita memeriahkan idea untuk kebaikan semua...

    ReplyDelete

My friend say: