Thursday, August 21, 2014

An Evening @ Caffe Bene

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Dah breakfast? Kalau belum, meh kita belanja gambar makanan dulu. Hihihi.

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri Wordless Wednesday #2 semalam. Haa.. Masih ingat lagi tak yang aku pernah share mengenai Caffe Bene @ Solaris Mont Kiara ni? Awal tahun hari tu aku ada cerita. Kalau tak pernah baca dan nak baca, boleh klik SINI dan SINI.

Last week aku still chillin kat sana. Petang lepas habis office hour. Biasalah, keluar dengan kengkawan seunit sebahagain etc kan. Saja je la nak rilek waktu petang tambahan jalan time tu memang jem gile. Nasib ada geng kaki try makanan. Esoknya, sabtu tu pulak pergi dengan cik kembar.

Nak tahu apa yang menarik kami order.
Garlic & Cheese Bread. RM17. Saiz besar, boleh makan dua tiga orang. Berbaloi sangat makan semasa masih panas. Rangup sangat roti tu.
Chocolate Devil Bingsu. Series of bingsu yang ada kat Caffe Bene ni. Actually, yang ni special edition sempena dengan World Cup tu. Only in Double Size. RM28.80. Saiz memang besar dan isi kandungan memang mantap. Chocolate cake, coco crunch,vanilla gelato, red bean, chocolate ice flakes dan oreo crumbs. Boleh makan hingga 4 orang tau.
Red Velvet cake. RM10.90 kalau tak silap aku. Sedap dan cream tu tak rasa muak sebab ada rasa mint sikit. Tak berapa manis dan just nice je. Memang best.
Waffle Choco Nut. Waffle ni ada walnut dan almond. Harga RM14. Saiz besar tembam. Rangup dimakan even dah sejuk sikit. Rasa coklat syrup tu buatkan waffle ni jadi sedap sangat sambil kunyah walnut dan almond yang rangup.

Haa..tak rasa berdosa sangat pos benda makan ni time pepagi. Sebab time mesti ada yang masih baru nak breakfast kan. Nak try ke? Pergi je mana-mana outlet Caffe Bene yang ada. Kat link entri di atas pun aku ada attach alamat Caffe Bene Solaris sekali.

Okay...till we meet again.

7 comments:

  1. Alahai sedapnya kak ainimmm....terliur tengok huhu...

    ReplyDelete
  2. apasal tetiba ni terasa macam i is jeles...muahahahhaa

    ReplyDelete
  3. nak g tapi belum berkesempatan..huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam. alamak! nampak macam sedap sangat tu

    ReplyDelete

My friend say: