Tuesday, August 19, 2014

Ainim Jelajah Raya 2014 : Part 3

Assalamualaikum...

Mari kita sambung cerita Jelajah Raya aku ya. Kali ini Part 3 dan kira last part. Nanti kita sambung pulak dengan misi Geng Terjah aku. Part 2 ada kat SINI

Selesai je kat rumah Kak Farah, aku dan Sally serta kawan Sally bergegas ke Putrajaya pula. Kisahnya ada Open House yang dianjurkan oleh salah seorang orang kuat VSnowAngels, iaitu Kak Mazlinda a.k.a. Kak Lyn. Kak Lyn jemput awal jadi kenalah pergi kan. Lagipun memang nak jumpa geng-geng VSnow Angels semua.

Perjalanan kami agak mencabar sebab hujan dan ada tragedi terjadi. Alhamdulillah, sampai juga kat rumah Kak Lyn. Kedatangan kami disambut oleh husband Kak Lyn. Masa tu, kawan-kawan VSnow Angels ada yang dah balik dan ada yang baru sampai dan ada yang masih ada dirumah Kak Lyn.

Jumpa geng VSnow Angels ni, topik utama harus berkenaan ShawlByVSnow la ya. Macam-macam kami borak. Perihal shawl, macam mana boleh kenal shawl ni. Macam-macam cara rupanya peminat VSnow ni kenal shawl ni. Aku sendiri punya kisah sendiri. Bila berkongsi cerita tu memang seronok. Kongsi minat lagilah best. Kenal kawan baru lagi.

Makan tak sangat sebab masa tu perut kami masih kenyang lagi. Maklumlah, kat rumah Kak Farah aku dah bantai dua pinggan spaghetti. Ayam goreng lagi. Hihihi..tapi kat rumah kak Lyn aku makan juga. Pelbagai hidangan yang disediakan antaranya spaghetti, sate, nasi impit kuah kacang, kuih muih dan kek. Paling sedap popia goreng tu. Suka sangat, rangup. Nyum nyum.

Rasanya tak nak tulis banyak-banyak. Just nak ajak korang enjoy the pictures attached.



Terima kasih Kak Lyn kerana sudi jemput saya ya. Thanks to Dila juga sebab jadi kawan bersembang. Banyak betul yang kami sembang hari tu. Last but not least, thank you so much to Sally sebab sudi ikut kita pergi open house kawan even Sally tak kenal pun mereka. Next entry, kita cerita pasal raya lagi. Hahaha

Okay...till we meet again

6 comments:

  1. Bestnya kak ainim dapat raya ngan kawan2... ^^ deno kat sini dah tak open house dah.. heeee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah pagi Ainim...waktu raya adalah waktu paling seronok sb dpt jumpa keluarga dan kawan2...suka tengok part2 time ambil gambar tu..meriah dan mcm2 ragam..hehe

    ReplyDelete
  3. Dpt mgeratkn silaturahim kan

    ReplyDelete
  4. wah..meriahnya raya..kembung perut makan..hihihi

    ReplyDelete

My friend say: