Monday, August 18, 2014

Ainim Jelajah Raya 2014 : Part 2

Assalamualaikum...

Kita sambung Jelajah Raya part 2 pula ya. Siapa yang belum baca Part 1 boleh klik SINI
Jelajah Raya aku diteruskan pula pada hari Ahad, 10 Ogos 2014. Kali ini ada dua rumah yang aku berkunjung. Rumah pertama ialah rumah sahabat blogger merangkap kakngah aku dalam kategori adik beradik protege Kak Mia Liana. Haa..siapa la lagi kalau bukan Kak Farah Waheda a.k.a. Bubblynotes tu la.
Aku pergi dengan Sally Samsaiman dan juga seorang lagi kawan Sally. Kami gerak dari Sg Besi. Oh ya, tak sangka pulak aku agak jauh rupanya Puncak Alam tu ya. Selama ni aku ingat takde la jauh sangat pun. Sampai je terus hujan. Alhamdulillah, rahmat.
Actually aku yang message Kak Farah bagitau nak datang beraya. Maka bermulalah aku bagitau Sally dan Sally tolong bagitau kengkawan yang lain. Gitu. Sampai dirumah kak Farah, sekali pula dengan Aisya . Kami disambut oleh mak Kak Farah. Time tu kak farah takde kat rumah. Pergi kedai beli ais. 
Mak kak farah memang peramah. Suka sangat. Tak rasa kekok pun. Paling suka sebab Ash (anak kak Farah) nak dengan aku. Hahaha..sukanya. Siap boleh dukung bawa sana sini wei. Dah la lama tak cium baby. Memang best sangat rasa.


Kak Farah jamu kami dengan spaghetti dan juga ayam goreng. Sedap gile spaghetti kak farah. Bak kata Sally, ni kalau jual peniaga rugi sebab bahan banyak sangat. Hahaha. Ni namanya tak kedekut. Selagi ada bahan selagi tu bagi. Pergh...bertambah aku makan. Heheheh


Tapi aku takleh lama sangat sebab kena berangkat balik ke Putrajaya sebab ada Open House oleh seorang sahabat VSnow Lovers. Thanks kak Farah sudi masak sedap-sedap untuk kami ya. Next time kita jumpa lagi ya.

Okay...till we meet again

11 comments:

  1. Untung nah DPT mkn sdp2 hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...untung makan sedap berat sedap juga naik lya. hahaha

      Delete
  2. meriahnya raya ainim ye.. dengan farah pulak tu.. kirim salam kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mama. memang seronok sgt tahun ni

      Delete
  3. Gembira pun ada...sedih pun ada tengok gambar2 ni. Takda rezeki kita nak jumpa ye Nim. Harap2 sangat next time kita semua leh kumpul macam ni :'(. Slmt hari raye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapalah Kak Hanim, Insha Allah nnt kita plan la meet up blogger ya

      Delete
  4. syok ye Ainim.. beraya dengan kengkawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah syok ros. sesekali kekdahnya

      Delete
  5. bestnya dapat jumpa Ash....
    Bila nak jumpa Iqy plak ni aunty ainim...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nory, jom jumpa...teringin nak jumpa encem boy iqy

      Delete
  6. Hasih! Jeles deno kak ainim dapat beraya umah kak farah

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads