Sunday, August 17, 2014

Ainim Jelajah Raya 2014 : Part 1

Assalamualaikum...

Last week lagi aku dok sibuk nak update tapi tak sempat. Okay...takyah cakap banyak, jom kita mulakan cerita. Last week aku memang plan nak jelajah raya seorang diri tapi at the same time join atau ajak kengkawan untuk ikut aku sekali. Haritu, Kak Ina dan Kak Ida serta Wan ada sekali.

So, rumah pertama yang aku pergi ialah rumah ex-unit-mate aku, Abang Azmal. Wife beliau pun pegawai ofis aku juga. Destinasi pertama Sabtu lepas ke Laguna Biru, Sungai Buloh. Wow..first time aku drive ke sana. Jauh juga rupanya. Tapi demi memenuhi undangan, tak salah pun kan? Dah namanya pun raya. 

Dirumah abang Mal, kami dijamu dengan bihun sup, ketupat dan rendang serta kuah kacang dan kuih-muih. Waahhh...berselera kitorang makan. Mana taknya, masing-masing pepagi tak makan langsung. Sambil makan sambil berborak sambil menikmati udara nyaman kat situ, pergh best gila.


Sahabat baik aku, Epul pun datang dengan anak comelnya. Sebelum pulang, Rizman pula jemput datang beraya ke rumah dia. Nasiblah dorang ni dalam perumahan yang sama juga. Jadi, takdelah susah pun. Kat rumah Rizman pula, kami just minum-minum sambil makan kerepek je. Okay je sebab masa tu masing-masing dah kenyang. Apa yang penting ziarahkan?
Selesai rumah Rizman, giliran rumah Abang Azham pula jadi destinasi kami. Kat rumah abang Azham pun tak lama sangat sebab kena kejar masa. Wan nak terbang ke Langkawi ada larian disana. Begitulah Jelajah Raya Part 1 aku. Sebenarnya tak berakhir disitu tapi ada rumah yang lain yang aku pergi. Cerita tu aku simpan je sebagai kenangan diri. Part 2 bakal menyusul. Tunggu ya.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. seronok betul dapat ziarah menziarah macam ni kan....yang penting silaturrahinm...bukan menu yang dihidangkan..betul x?

    ReplyDelete
  2. Bestnya..jenjalan dan makan-makan...

    ReplyDelete
  3. untung la berjalan sakan...kekeke

    ReplyDelete

My friend say: