Thursday, July 03, 2014

Vendeur Festival 2.0

Assalamualaikum...

Masih ingat lagi dengan The Vendeur Festival yang berlangsung pada bulan Mei lepas? Aku sendiri pernah cerita kisah shopping aku kat sana.
Image: FB Vendeur

Setelah berlangsung dengan jayanya pada siri pertama, kali ini Vendeur Festival 2.0 akan sekali lagi diadakan khas bersempena dengan kedatangan Syawal nanti. Haa...kali ini menurut pihak penganjur, korang takyah risau takut kena himpit macam siri pertama dulu. Kali ini Vendeur Festival 2.0 akan diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Centre, Menara MATRADE, Jalan Duta Kuala Lumpur. YEAY!!!


Aku dengar je Menara MATRADE, aku terus lompat-lompat girang. Acah-acah happy sesangat. Sebab apa aku over excited? Sebab kalau buat kat MATRADE memang takdelah nak bersesak bagai. Paling best parking untuk aku senang je la. Hehehe. Oh ya, Vendeur Festival 2.0 ini akan diadakan pada 12 - 13 Julai 2014 bermula jam 10am hingga 10pm. 

Kali ini, ada 200 booth disediakan untuk para penjual online sekalian. Haa..dengar katanya jenama-jenama terkenal seperti Sugarscarf, Aidijuma, Anggun Zara, Ariani, Bella Ammara dan banyak lagi akan join. Hmm...discount pun mesti gila-gila kan? Dah namanya pun mega sale lebaran kekdahnya.

Korang yang dah pernah pergi Vendeur kat Shah Alam dulu, toksah risau, kali ini korang tak perlu nak bersesak bagai dan penganjuran kali ini rasanya lebih selesa dengan setiap penjual akan mempunyai booth. Selesalah sikitkan?

So, silalah simpan duit dari sekarang. Manalah tahu, korang boleh berjimat gila-gila masa shopping kat Vendeur Festival 2.0 nanti. Kalau nak maklumat lanjut, korang boleh je ke Facebook penganjur The Vendeur ataupun Instagram mereka vendeurfestival 

*Maklumat tambahan: Buat yang datang dengan public transport tu, boleh naik bas Rapid KL dari Titiwangsa. Nombor bas U618. Kalau nak naik teksi, better ambil dari stesen komuter Putra atau yang dekat LRT station PWTC. Cakap je, Menara MATRADE, confirm pemandu teksi tau. Kalau dia kata tak tau, memang buang tebiat la namanya. Hihihi. Pastu berhenti je dekat West Wing sebab pintu masuk ke Vendeur tu lagi dekat kalau ikut West Wing atau pun Drive way.

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. Wah...sakanlah yer...selamat bershopping...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la sakan pun mama. just beli mana yang perlu je nanti

      Delete
  2. blh la bershoping nnt yer ainim he..menabung cne

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kita beli yang perlu je Lya

      Delete
  3. kene kumpul duit lebih la nampak gayanya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi beli yang perlu je la kot

      Delete
  4. wow..seronoknya...kumpul duit dari sekarang..hehe..pastu boleh shopping

    ReplyDelete
  5. seronoknya.. puas lah shpping kan :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads