Saturday, July 12, 2014

Vendeur Festival 2.0: Mega Sale Lebaran Terbaik

Assalamualaikum...
Selamat malam semua. Tuan blog baru je dapat online. Kisahnya, seharian busy kat Vendeur Festival 2.0 tu la. Kita pergi shopping untuk keperluan hari raya mak kita. Kita? Hehehe...tahun takde nak excited sangat. Cukup je pakai baju yang masih belum pakai kat dalam almari tu.

Al-kisahnya, kami bergerak dari rumah pada pukul 930am dan sampai je kat traffic light masuk ke MATRADE tu, sekali jem daaa. Sudahlah jem, banyak gilos kereta yang parking ditepi jalan. Haa..disinilah kelebihan untuk aku sebab aku masuk kat parking staff je. Hihihi.
Nak jadi cerita, punyalah ramai orang yang datang sehingga bersesak kami masuk ke vendeur tu. Korang bayangkan, masa Vendeur kat Shah Alam dulu sampai tak bergerak punyalah ramai manusia, kali ini macam extra banyaknya tapi nasib masih boleh berjalan sebab kawasan yang agak luas. Cuma booth yang popular seperti Ashh&Annas, Mazlianul Maznan, ByFatinSuhana antara yang sangatlah sesak dengan orang. 

Sale kal ini memang hebat. Banyak juga diskaun menarik selain jualan combo. Haa..sana sini jual murah sampai korang jadi rambang mata nak pergi booth mana. Masa ni la korang kena pandai buat pilihan. Buat yang hendak ke booth Aidijuma, korang kenalah bertabah ya sebab booth aidijuma ni paling sesak dikalangan semua booth. White label RM9 manakala Black Label RM29. Dengan orang yang beli borong lagi. Jadi kalau setakat nak beli sehelai pastu nak beratur lama-lama untuk bayar, aku nasihatkan korang pesan je la kat sesapa tolong bayarkan. 
Buat yang nak beli kat booth popular tu, korang kena make sure dah tahu apa yang korang nak beli. Bagi elakkan korang termangu sebab ramai sangat orang kan. Kalau tak boleh bersesak dalam orang ramai, bagi keadaan reda sikit baru korang masuk. Aku nak suggest booth DeQoya kat Hall 2. Ada jualan istimewa bagi Syeera Blouse. Harganya RM50 je sehelai. Dengan kualiti yang bagus serta layanan yang mesra, korang memang akan jatuh cinta dengan Syeera blouse ni.

Vendeur Festival kali ini banyak sangat booth yang jual jubah serta maxi dress. Macam-macam warna, macam jenis dan range harga pun tak jauh beza antara semua booth tu. Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Shawl pun lebih kurang begitu. Tapi macam biasa, aku kan VSnowAngel, haruslah aku ke booth Shawl By VSnow. Ada sale menarik tau.
Selain pakaian wanita, pakaian lelaki dewasa dan juga kanak-kanak tak kurang hebatnya. Macam-macam jenis ada. Jubah, baju melayu dan macam-macam lagilah. Memang rambang mata. Tadi nampak juga baju melayu cantik-cantik belaka. Harga aku tak pasti sebab tak tanya pun. Baju budak-budak paling geram aku tengok. Ya ampun, comel belaka korang. Baju budak2 dah la kecik, comel pulak tu. Aku dok bayangkan budak2 pakai, alahai comel sungguh. Dari baju baby sampai baju budak besar, semua ada. 
Oh ya, ada juga booth yang menjual kek, pastries dan juga jus Freshie. Haa..yang Atita Haris jadi duta tu. Menarik juga cuma aku takdelah nak beli sebab bulan puasa ni aku tak berkenan air manis. Hihihi. Tapi korang mungkin berminat nak cuba. 

Panjang lebar aku berceritakan. Buat korang yang masih belum pergi dan masih membuat pertimbangan nak pergi ke tak, aku boleh suggest korang pergi. Tapi kalau yang nak bawa anak kecil tu, seeloknya elak bawa stroller sebab nanti menyusahkan korang nak usung stroller tu dalam keadaan orang ramai. Pilihan banyak menarik, siap ada diskaun, butik-butik popular dan diketahui jaminan kualitinya, apa yang boleh aku katakan, tak rugi pun pergi. Bolehlah berjimat untuk belanja raya. Lagi pun, sekarang ni dah tinggal lebih kurang 2 minggu je nak raya kan. Elok beli awal, nanti dah hujung Ramadan, tinggal nak banyakkan lagi amal ibadah je la. 

Bab parking, aku nasihatkan korang datang awal supaya dapat parking yang sesuai. Cuma kena bersabar sikitlah sebab memang akan jem. Oh ya, lupa nak cakap, sila pastikan korang bawa duit yang mencukupi atau lebih sebab takut mesin ATM kehabisan duit. Takut debit card dan credit card tidak diterima je nanti. Selamat bershopping semua.

Okay...till we meet again

3 comments:

  1. uit x sgka anim ada blog hihi..^-^

    ReplyDelete
  2. THANK YOU FOR SUPPORTING VENDEUR FESTIVAL. SEE YOU NEXT EVENT!

    LOVE, VF TEAM

    ReplyDelete

My friend say: