Saturday, July 26, 2014

#SupportGaza Viral

Assalamualaikum...

Isu rakyat Palestin di Gaza masih belum reda. Malah, campur tangan US semakin mengeruhkan keadaan. Biasalah US kan, perasan dorang hebat, perasan dorang paling berkuasa. Kononnya kuasa Veto. Kononnya yahudi laknatullah tu hanya membela diri. Ceh

TAPI dorang ni langsung tak sedar yang masyarakat dunia semakin meluat dengan tindak tanduk mereka. Protes serangan terhadap Gaza semakin meluas. Bukan setakat dijalanan tetapi malah di media sosial pun semakin marak. Terbaru yang aku perasan, hashtag #SupportGaza semakin menjadi viral.

Semalam pun aku perasan #SupportGaza semakin banyak digunakan oleh rakan-rakan Facebook aku. Contohnya "I am ____ from Malaysia, I #SupportGaza. Gitulah hashtag dan ayat yang dorang guna. Mulanya aku ingatkan sorang je, tapi perasan rupanya ramai gile kawan yang guna hashtag tu. Aku pun try la klik #SupportGaza. Rupanya memang tengah trending kot.

Of course aku pun buat jugalah lepas tu. Tanda sokongan aku kepada Gaza. Biar orang yang sokong sangat yahudi tu sakit hati tengok hash-tag yang jadi viral tu. Biar dorang tahu yang masyarakat dunia ni bersimpati dengan nasib Gaza dan tiada simpati untuk puak yahudi tu. Walaupun nampak simple je usaha tu, tapi sebenarnya mampu memberi kesan besar. Haa..jangan putus asa.

Apa pun, jangan putus berdoa dan bacalah sekali Qunut Nazilah buat masyarakat Palestin. Moga usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban derita masyarakat Gaza.

Wallahualam...

3 comments:

  1. perang psikologi ... iru saja cara selain doa qunut Nazilah ... semoga Allah melindungi saudara kita dia sana ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu QV. Selain Qunut Nazilah, perang psikologi memang mampu bagi impak besar

      Delete
  2. Sedih tgk hari2 rmai yng terbunuh.. Nak2 ank kecil..

    ReplyDelete

My friend say: