Tuesday, July 15, 2014

Spend Your Money Wisely

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat berpuasa semua. Tengah buat apa cuti2 ni? Haa..buat penjawat awam. Dah dapat bonus ke belum? Alhamdulillah...tahniah semua ya. Walaupun nilai bantuan tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya manakala kos pula semakin meningkat, tapi tetap juga dapat membantu meringankan kos belanja raya.

Oh ya, tajuk tu kemain guna english ya. Padahal entri full Malay je. Hihihi. Sesekali nak feeling omputih sikit. Ada kait sikit dengan belanja raya ni. Semakin dekat nak raya ni semakin banyaklah yang buat sale. Sale sana sale sini. Macam last week, Vendeur Festival 2.0. Kalau ikut hati semua nak belikan? Mana taknya, semua dok bagi diskaun hebat gitu.

Tapi, masa ni la sebenarnya nak menguji kita untuk berbelanja secara berhemah. Haa...kata orang duit ni macam air. Kalau keluar not RM50 tu, sesaat pun boleh licin. Ya tak? Aku sendiri akui itu semua. Haa..makanya spend it wisely. Duit yang tu kenalah belanja dengan sebaiknya. Lantaklah ko dapat bonus ke, duit simpanan memang banyak ke, kalau tak belanja dengan baik, licin dalam masa sehari.

Maka, penting bagi kita semua ada senarai keperluan untuk hari raya. Dahulukan mana yang penting dan jadi keperluan. Kemudian baru belanjakan ikut kehendak, sekiranya mampu. Jujur cakaplah, aku sendiri tak punya belanja besar untuk raya ni. Maklumlah, gaji kecik je. Sekadar lepas untuk diri sendiri dan mak pun dah cukup. Normally aku beli dulu siap-siap mana yang boleh. Kalau ada lebih sikit belanja baru aku berani nak beli sesuatu yang aku inginkan.

Alhamdulillah, sekarang ni aku cuma tinggal kasut baru je. Haa..kasut ni pun sebenarnya menggantikan kasut yang aku dah pakai bertahun. Biasanya, kalau aku beli kasut raya, aku pastikan ianya samada sesuai untuk digunakan untuk bekerja atau untuk berjalan. Ikut mana yang perlu. Macam tahun ni, aku akan cari kasut yang boleh digunakan untuk berjalan sebab kasut jenjalan aku tu dah beri tanda nak rosak. Hihihi

Itu tips yang aku boleh share dengan korang cara belanja raya aku. Ala, apa yang penting kena fikir masa depan juga. Kang, duit habis masa raya, nanti lepas raya makan megi kang. Hahaha..okaylah...Aku nak keluar cari kasut ni.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. Yeay Bonus raya dah masuk. tapi memang kene jimat, dalam seminit pun boleh abes buat shopping online..hehe..Salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Syamil..kalau tak pandai kawal duit, mau pokai

      Delete
  2. Iyer ker anim... tu hari tengok beg shopping kemain banyak lagi kat insta... hahaha... kantoii...

    ahaks saja gurau... :D

    ReplyDelete
  3. elehhh...tipu! Anim shopping shawl banyak...muahahaahaha...nak satu shawl raya :P

    ReplyDelete
  4. tetiba teringat gambar beg2x kat insta tu ;)
    ahhaaa

    ReplyDelete
  5. beringat-ingat lah ea dak.. hehe

    ReplyDelete
  6. boleh nak shopping habis-habisan tp bulan sterusnya tak bleh shopping dah laa..bhahaaa..

    ReplyDelete

My friend say: