Tuesday, July 08, 2014

Selera Korea di Gangnam Station

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Busy gila kita hari ni tau. Dari pagi dah ada training kat ILKAP. Lepas habis training kita pergi ke Alamanda untuk satu urusan dengan Celcom tapi malangnya urusan tu tak dapat juga diselesaikan. Hmm..dah jom mula cerita.

Ini kisah last 2 weeks sebenarnya. Kisah kami jenjalan shopping di Damansara dan Shah Alam. Kisahnya, kami ni dari pagi tak makan lagi sampailah petang tu baru sempat makan. Oh ya, masih ingat entri Wordless Wednesday  bulan lepas? Al-kisahnya aku dapat Voucher Makan daripada kawan ofis aku. Voucher bernilai RM20.

Maka kami pun pergi ke Gangnam Station, Seksyen 13, Shah Alam. Restoran Gangnam Station ini milik orang Melayu kita. Kawan aku, Termizi suggest kat aku untuk rasa bulgogi kat restoran ni. Menurut Mizi juga, octopus kat sini memang pedas gila. Haa..harus aku teruja nak rasa.

Masuk je restoran tu terus waitress datang beri buku menu. Haa..tengok menu je dah rambang mata nak pilih mana satu. Disebabkan terlupa nak amik gambar menu, maka gambar menu takde la ek. So, nak tahu apa yang kami makan hari tu? Jom layan gambar. *Malas nak cite panjang.
Ni apa tah namanya. Chicken spicy apa tah. Tapi tengok orang la. Kalau tekak tahan pedas, rasa biasa je. Tekak aku kata tak pedas. Tekak kawan kata pedas. Harga around RM20 tak silap aku.
Muka kami tengah makan. Kami bertiga pilih Yuk GaeJang. Aku memang suka sangat Yuk GaeJang. Tengok meja tu penuh kan?
Ni la side dish yang dihidangkan pada kami. Oh ya, biasalah orang Korea makan memang penuh dengan pickles tu. Selain kimchi, ada kerang, jambu, kentang, kacang dan sayur bayam. Sedap juga tau

Makan kat sini suasannya best. Sesekali korang terasa macam kat korea pun ada. Deko dimeja ada gambar-gambar artis K-Pop. Dinding pula ada gambar pemandangan bandar di Korea. Dari segi harga, standard korang pergi mana-mana restoran makanan Korea kat Malaysia ni la. 

Kalau nak cuba, korang pergi je ke Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Kalau guna waze confirm sampai. Selamat mencuba.

Okay...till we meet again

11 comments:

  1. yeeeee restoran ni yang CT target lama dah tapi tak ada kesempatan lagi.. ooonomnom nyaaaa makanan dia !!! nak kena cari time jugak menyelinap pi sana kena try.

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan jerr... :D

    ReplyDelete
  3. sodap nya...tgok time puasa pulak kan terus mengidam haha...

    ReplyDelete
  4. kat area sane memang senang nak jumpa makanan2 spt ni,,,kat sini jarang la ainim

    ReplyDelete
  5. Menariknya menu yg atas tu..

    ReplyDelete
  6. tudia kak ainim, hsna tgk pon dah nampak pedas yg gmbar atas skali tu.. :p jenis yg tak brapa tahan pedas..hahhaa..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads