Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk update blog. Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar. Macam mana dengan sambutan raya kalian?

Aku hanya beraya di Putrajaya memandangkan cik kembar kena bekerja dipagi raya. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi ke mana-mana tahun ni demi temankan cik kembar. Lagipun sejak arwah De meninggal, tiada istilah balik kampung lagi buat kami.

Tapi seronok juga beraya dirumah sendiri. Walaupun sekadar kami berempat, tetapi meriahnya raya tu tetap dirasai. Apa pun..yang penting mak ada depan mata.

Kepada kalian semua, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap sepanjang aku menulis. Mungkin ada coretan yang mengguris rasa, maafkan segala kekhilafan diri. Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan diri ini. Manakala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT. Semoga syawal ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Wallahualam...

1 comment:

  1. Selamat hari raya kak..
    Maaf ye kalau ada salah silap..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads