Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Entri pagi ni simple je. Sekadar nak ucapkan Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Selanjutnya di SINI
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan buat kita untuk mendalami ilmu Quran dan juga paling penting mempelajari cara bacaan yang betul. Jadi, sama-samalah kita lakukannya yang sebaik kita mampu ya. Sekarang ni pun dah banyak dah kelas-kelas mengaji Quran diluar sana. Tak kisah pada usia berapa asalkan kita berkehendak dan ikhlas untuk belajar. Kalau dapat difahami maksudnya, maka lebih jelas panduan hidup kitakan.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads