Tuesday, July 22, 2014

Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat pagi semua. Dah sampai ofis? Mood raya macam dah sampai sikit je ni. Cuma tahun ni takdelah excited macam tahun-tahun sebelum ini. Maybe sebab usia aku pun makin meningkat apatah lagi makcik yang selalu jadi tempat kitorang berkumpul untuk beraya pun dah takde, so feeling tu dah lain sikit.

Kalau sebelum ni, bila raya balik juga ke Perak walau sehari dua tapi arwah De dah takde ni, siapa lagi nak kami singgah kalau ke sana kan? Tambahan pula tahun ini cik kembar aku kena bekerja pada hari raya. Alahai..lagilah aku takde mood nak raya. Walaupun baju raya dah siap tempah tapi memang takde la nak fikir pakai bila, melainkan kalau aku dan kengkawan geng terjah pergi beraya. 

Korang pula tahun ini macam mana? Excited seperti tahun-tahun sebelumnya? Share la sikit feeling raya korang dengan aku. 

Okay...till we meet again

18 comments:

  1. salam. sy takda la excited mana..persiapan raya pun masih 0% hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Itah. Persiapan akak sume ok tapi perasaan tu je tak berapa nak ada

      Delete
  2. Biasa2 ja mcm tak da lgi mood nak raya cuma skrg ni mood nak bercuti je hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya..maybe banyak yang terjadi sekarang ni buat mood raya hilang

      Delete
  3. Excited sikit sebab tahun ni raya bertiga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nanti bolehlah share pengalaman ya kak

      Delete
  4. excited nak beraya di kampung husband tahun ni..pertama kali kan. :) tahun lepas tak dapat excited sebab prepare untuk kahwin..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mesti meriah tahun ni kan

      Delete
  5. Kita excited sangat kak... walaupun tak beli baju raya lagi. Or maybe bkn excited nak raya.. tapi excited nak balik kampung.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Nik balik kampung tahun ni. Mesti meriah family nanti kan

      Delete
  6. raya??
    tak rasa lagi kak..
    baju pun tak siap lagi ni..
    mood kurang..mungkin sbb byk benda fikir..mungkin sbb dah makin tua kot jd tak rasa excited sgt mcm tahun lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita yaya. akak pun ala kadar je

      Delete
  7. tahun ni takde sangat mood raya. sebab ramai adik beradik beraya kat umah MIL masing2. hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita asma. mood raya tak berapa nak turn on lagi

      Delete
  8. Mood raya belum sampai ainim.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kita lebih kurang je kak maria

      Delete

My friend say:

Nuff Ads