Saturday, July 26, 2014

Persiapan Raya: Mengemas Rumah

Assalamualaikum...
Image: Google
Bila tiba hari raya ni, antara persiapan yang wajib dilakukan ialah mengemas rumah. Haruslah kemas rumah untuk nampak cantik dan rapi. Ye la, nak sambut tetamu datang la katakan. Kalau rumah tak kemas, tak sedap mata memandangkan.


Sekarang ni sesiapa yang berada dirumah terutama kaum wanitalah yang paling sibuk mengemas. Termasuklah aku ni ha. Sibuk mengemas rumah nak bagi rapi. Bila mula mengemas ni , macam tak tahu nak berhenti kat mana. Kalau boleh, semua nak dikemas. Kalau boleh semua nak bagi terlindung daripada pandangan mata. Kalau boleh, nak bagi sebanyak-banyak ruang kat rumah ni. Apakan daya, rumah tak besar mana. Kenalah pandai mengemas nak bagi minimise segala harta benda dalam rumah ni.


Korang dah siap kemas? Mesti dah ada yang siap mengemaskan. Ada yang nak pasang langsir baru tu. Selamat memasanglah ya. Selamat mengemas. Jumpa lagi di lain entri.

Okay...till we meet again

3 comments:

My friend say: