Tuesday, July 29, 2014

#OOTD Hari Raya Pertama

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, dah masuk raya kedua pun. Jujur cakaplah ya, aku sebenarnya lagi suka masa diambang Syawal compare to the 1st day of Syawal itself. Jujur cakap, aku suka perasaan nak menyambut tu compare perasaan sedang menyambut tu. Haa..tah kenapa aku pun tak sure la.

Tapi tak bermakna aku tak happy sambut first day Syawalkan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati Syawal pertama bersama keluarga tersayang. Syukur ya Allah, masih diberi kesempatan. Tiada apa yang aku pinta melainkan melihat senyuman keluarga. 

Oh ya, masih ingat kisah aku tempah baju raya pada minggu kedua bulan Ramadan? Ada di entri INI. Haa..maka hari Khamis lepas, kembar tolong ambilkan di kedai kerana aku ada iftar bersama kengkawan. Nak tahu bagaimana jadinya baju tu? Ada kat gambar bawah ni


Ini baju setelah kaknyah aku tolong jahitkan lace tu. Tinggal nak kemaskan jahitan supaya lace tu terletak cantik je kat baju. Lace tu aku beli di Jakel, Shah Alam. Semeter RM25. Okay la sebab ada sale. Aku tak pernah jahit sendiri lace tau dan inilah pertama kali. Belasah je jahit lace ni. Kira okaylah juga. Takdelah susah mana. Dah siap menjahit, apa lagi. Kita iron dan tinggal nak gayakan saja. 


Beginilah rupanya setelah baju ni siap dipakai. Maaflah ya, tak berapa nak nampak sangat lace tu. Tapi baju ni memang best. Tak panas mungkin sebab kain satin yang aku pilih ni. Beli pun sebab ada sale cuti sekolah di Jakel juga. Kononnya kain tu nak buat kenangan daripada duit advetorial yang aku dapat. Alhamdulillah, dapatlah lihat hasil duit blogging aku. Adalah juga nak dibuat kenangan. Tudung yang aku pakai tu, macam biasalah daripada jenama shawl kegemaran aku, ShawlByVSnow. Namanya VS Sateensilk in Turquoise Blue. Satin juga. Sedap dan tak panas, senang bentuk dan drape beautiful je. Suka sangat.

Aku tak nak tanya cantik ke tak baju yang aku pakai sebab setiap orang ada citarasa masing-masing. Sekadar nak share dengan korang hasil baju yang aku tempah je. 

Okay...till we meet again

1 comment:

  1. Lawa bju akk.. Adk kta pnya bju pun wrna grey.. Rmai pkai grey thun ni eh.. Sy thun ni xleh melaram.. Haha

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads